Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas Rakaman Rogol Tersebar, Dua Pelajar Ditahan Dipercayai Perkosa Rakan Sekelas Di Belakang Sekolah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas Rakaman Rogol Tersebar, Dua Pelajar Ditahan Dipercayai Perkosa Rakan Sekelas Di Belakang Sekolah

KINABATANGAN - Akibat rakaman kejadian rogol tersebar dua pelajar lelaki tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di Kota Kinabatangan di sini telah ditahan polis kerana disyaki merogol rakan sekelas mereka di sebuah pondok di belakang sekolah berkenaan pada 1 April lalu.

Memetik laporan Utusan Online, Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, kedua-dua suspek terbabit telah ditahan selepas pihak polis mendapat laporan daripada pelajar perempuan berkenaan yang dikatakan telah melaporkan tentang kejadian tersebut kepada polis semalam selepas menyedari gambarnya semasa kejadian telah tersebar.

Menurutnya, ketika kejadian pada kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa bersama dua rakan sekelasnya itu berada di sekolah untuk projek keceriaan kelas apabila salah seorang suspek memperdayanya untuk masuk ke sebuah pondok kayu di belakang sekolah atas alasan untuk melakukan perbincangan.

Setelah sampai ke tempat kejadian tersebut mangsa dikatakan telah dipaksa oleh suspek untuk masuk ke dalam pondok tersebut dengan cara menarik tangan mangsa.

Apabila mangsa masuk ke dalam pondok berkenaan salah seorang suspek dikatakan mengunci pintu dan memberi amaran kepada mangsa supaya jangan memberitahu perkara itu kepada sesiapa termasuk guru sekolah. Setelah itu mangsa kemudiannya dipaksa melakukan hubungan seks dengan kedua-duanya dengan tanpa kerelaan mangsa.

A. Sahak turut menambah, mangsa dipercayai terpaksa merahsiakan tentang kejadian itu selama ini kerana bimbang akan keselamatan dirinya selepas menerima ancaman daripada suspek sebelum ini.

Kedua-dua suspek kini direman sehingga 13 Julai depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimun 30 tahun jika sabit kesalahan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u4a0jo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.