Analisa Teknikal Mingguan 14 Ogos – 18 Ogos 2017
EUR/USD – Analisa Mingguan 14 Ogos – 18 Ogos 2017 – Rujukan Chart TF Daily
Harga EUR/USD masih tidak berjaya untuk breakout Key Resistance mingguan yang berada di sekitar harga 1.1900/10 pada minggu lalu untuk meneruskan kenaikan.
Harga sekitar 1.1630 – 1.1480 adalah harga retracement yang masih boleh diperhatikan pada minggu ini kerana ia berpotensi untuk membentuk ‘RBS’ sebelum ia bullish kembali dan jika breakout Key Resistance 1.1900 ini, EUR/USD akan mencapai ke harga yang lebih tinggi lagi bagi membentuk new HH. Target bullish jika breakout adalah ke sekitar harga 1.2000 – 1.2050.
Oleh itu, momentum wave ketika ini masih dalam keadan bullish(HL,HH,HL,HH) dan peluang yang boleh diperhatikan ketika ini adalah ‘long’ selagi ia tidak breakout Key Support 1.1280/1.1300.
GBP/USD – Analisa Mingguan 14 Ogos – 18 Ogos 2017 – Rujukan Chart TF Daily
Jika diperhatikan, pergerakan GBP/USD masih berada dalam mood bullish(HL,HH,HL,HH) dan harga kini berada di sekitar zone support setelah ia melakukan retracement pada minggu lalu. Jadi secara teknikalnya, jika ia gagal untuk breakout 1.2960/50 ini, potensi adalah tinggi untuk ia mulai mengorak langkah untuk bullish.
Tetapi sekiranya ia breakout, peluang seterusnya yang boleh diperhatikan adalah di sekitar harga 1.2830. Dan target kenaikan yang berpotensi untuk dicapai pada minggu ini adalah 1.3100 atau ke 1.3230 iaitu Key Resistance mingguan.
Jadi kesimpulannya, Team Analisa berpendapat GBP/USD masih dalam mood bullish selagi harga masih berada di atas paras harga 1.2630 dan sebarang penurunan adalah pullback sebelum ia meneruskan lagi kenaikan.
AUD/USD – Analisa Mingguan 14 Ogos – 18 Ogos 2017 – Rujukan Chart TF Daily
Jika diperhatikan, pergerakan harga bagi AUD/USD telah retrace bearish sejak 2 minggu lalu, tetapi momentum wave masih dalam keadaan bullish(HL,HH,HL,HH). Team Analisa berpendapat AUD/USD berpotensi tinggi untuk bullish pada minggu ini selagi ianya berada di atas paras harga 0.7750.
Dan peluang terhampir yang boleh diperhatikan ketika ini adaah sekitar harga 0.7830 – 0.7750 bagi membentuk new HL sebelum ia meneruskan lagi kenaikan. Target bullish adalah ke sekitar Key Resistance mingguan iaitu 0.8050/00. Jika breakout ia akan mencapai ke resistance seterusnya iaitu 0.8150. Walaubagaimanapun, jika breakout Key Support mingguan ini, ia akan mencari support seterusnya iaitu 0.7700/0.7690 sebelum kembali bullish.
USD/JPY – Analisa Mingguan 14 Ogos – 18 Ogos 2017 – Rujukan Chart TF Daily
Seperti jangkaan, harga USD/JPY berjaya untuk bearish pada minggu lalu dengan mencapai target terhampir ke sekitar harga 109.30. Penurunan direkodkan lebih kurang 150 pips setelah ia gagal untuk breakout harga 111.00.
Jadi pada minggu ini, Team Analisa berpendapat USD/JPY masih dalam momentum bearish(LH,LL,LH,LL) dan target retracement yang boleh diperhatikan adalah sekitar harga 110.00 atau ke 111.00 sebelum ia meneruskan lagi penurunan.
Target bearish terhampir pada minggu ini adalah ke Key Support mingguan iaitu 108.40 dan jika breakout, ia akan bearish ke harga yang lebih rendah lagi bagi membentuk new LL. Oleh itu, selagi ia tidak breakout harga sekitar 112.00 iaitu Key Resistance mingguan, kebarangkalian masih tinggi untuk ia bearish pada minggu ini.
GBP/JPY – Analisa Mingguan 14 Ogos – 18 Ogos 2017 – Rujukan Chart TF Daily
GBP/JPY pada minggu lalu berjaya untuk breakout support/LL terhampir yang berada pada harga 144.40 untuk meneruskan pergerakan bearish. Penurunan mendadak minggu lalu mencatatkan penurunan sebanyak lebih kurang 280 pips dan membentuk new LL.
Pada minggu ini, secara teknikal pergerakan wave masih berpotensi untuk bearish dengan terbentuknnya new LL dan peluang yang boleh diperhatikan adalah sekitar harga retracement iaitu sekitar 143.40 – 144.30. Harga ini berpotensi untuk membentuk new LH/SBR.
Sekiranya ia gagal untuk breakout 144.40 ini, target penurunan adalah ke sekitar Key Support dan jika breakout ia akan mencapai ke harga/support seterusnya. Oleh itu, selagi ia tidak breakout Key Resistance ini, mood masih dikuasai mood bearish ketika ini.
The post Analisa Teknikal Mingguan 14 Ogos – 18 Ogos 2017 appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hXdxdY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment