Hi! Welcome Back and Stay Tune! Enam anggota polis ditangkap semula selepas bebas, kerana aduan tambahan — Dev - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Enam anggota polis ditangkap semula selepas bebas, kerana aduan tambahan — Dev

KUCHING: Enam pegawai dan anggota polis yang ditahan reman lima hari sebelum ini, kerana melakukan peras ugut ditahan semula, sebaik Mahkamah Majistret Kuching membebaskan mereka dengan jaminan polis.

Tangkapan semula tersebut dilakukan oleh sepasukan anggota siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching bagi membantu siasatan satu lagi kes di bawah seksyen yang sama, tetapi yang dilaporkan di Balai Polis Sekama.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar mengesahkan prosedur tangkap semula tersebut.

Terdahulu keenam-enam suspek telah ditahan reman sejak 9 Ogos lalu selama tiga hari, sebelum disambung dua hari lagi pada Sabtu.

Sebelum ini, tangkapan terhadap mereka dilakukan setelah polis menerima laporan berhubung kes tersebut pada 3 dan 8 Ogos lalu di Balai Polis Batu Kawa dan Sematan.

Bertolak dari laporan tersebut, Jabatan Siasatan Jenayah telah melaksanakan intipan, siasatan sebelum memutuskan tangkapan.

Keenam-enam mereka ditangkap dalam satu operasi khas yang dikendalikan Bahagian Siasatan Jenayah Khas D9 IPK Sarawak bermula lewat malam hingga jam 4 pagi pada 9 Ogos.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan. – Sarawakvoice (gambar fail)



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wWljY0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.