Aplikasi Opera Max Tidak Lagi Boleh Dimuat Turun Dari Google Play
Opera Max ialah aplikasi yang digunakan bagi mengurangkan penggunaan data ketika melayari web dan aplikasi popular seperti Facebook. Ia diperkenalkan pada tahun 2014 dan amat berguna bagi mereka yang menggunakan talian pra-bayar dengan kuota yang kecil. Opera hari ini mengumumkan penghentian sokongan kepada aplikasi ini,
Pada waktu yang sama aplikasi ini tidak lagi boleh dimuat turun menerusi Google Play. Menurut Opera, aplikasi dihentikan sokongan kerana ia bukan lagi fokus syarikat mereka. Bagi mereka yang sedang menggunakan Opera Max, aplikasi akan terus berfungsi sehingga tarikh yang masih belum disahkan. Apabila sokongan akan dihentikan, kesemua pengguna akan diberitahu lebih awal. Selamat tinggal Opera Max.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fDziyQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment