Hi! Welcome Back and Stay Tune! 3 Gambar Majlis Pertunangan YUNA Dan Adam Sinclair..Tahniah Yuna.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

3 Gambar Majlis Pertunangan YUNA Dan Adam Sinclair..Tahniah Yuna..



Yuna atau Yunalis Datuk Mat Zara'ai, 31, menerusi kenyataan akhbar memberitahu pertunangannya dengan Adam berlangsung di kediaman ibu-bapanya di Shah Alam dan hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat sahaja lapor mStar.

"Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan karib.


"Kami sekeluarga sangat gembira dapat berjumpa dan bermesra dengan seluruh keluarga Adam. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya.

"Berkat doa mereka, hari ini saya selamat bertunang dengan Adam Sinclair," katanya.

Keluarga Adam atau Adam Yousof Mohamed Sinclair, 33, terdahulu merisik Yuna pada 27 Mac lalu.

Ibu Adam, Khadijah Abdul Rahman menyarungkan cincin ke jari Yuna.

Bercakap mengenai perkenalan mereka, Yuna berkata dia mula mengenali Adam yang juga seorang pengarah di set rakaman untuk iklan televisyen pada awal tahun 2013.

Pada awalnya kata Yuna, hubungan mereka sekadar teman biasa namun semakin rapat dan mula merancang dengan lebih serius untuk berkahwin.


Sementara itu, Yuna turut menyifatkan ikatan pertunangan itu adalah sebagai langkah pertama mereka untuk hidup bersama dan bersyukur dipertemukan dengan seorang lelaki yang penyayang dan baik hati seperti Adam.

"Percaturan Allah itu memang sungguh indah, Adam merupakan rakan karib saya dan sepanjang perkenalan kami dia telah mewarnai hidup saya dan buat saya senyum dan ketawa.

"Saya gembira akan bergelar isteri kepadanya satu hari nanti, Insya-Allah," katanya.

Yuna menyifatkan Adam adalah seorang lelaki yang penyayang dan baik hati.

Sejak pagi Sabtu kecoh di laman sosial kononnya penyanyi Yuna bakal melangsungkan pertunangan dengan Adam malah mereka juga turut memberi kiasan berhubung perkara itu di Instagram masing-masing dengan memuat naik gambar mereka ketika kecil.

Adam menerusi akaun miliknya memuat naik gambarnya yang comot dengan menulis kapsyen 'Are you sure Yuna?' (Adakah anda pasti Yuna?).

Manakala Yuna pula berkongsi gambarnya duduk di atas pelamin seolah-olah memberi bayangan tentang majlis itu.


"We came a long way, didn't we? (Sudah sekian lama perjalanan kita berdua, tidakkah begitu?)," tulisnya.

Hasil pemerhatian mStar Online di ruang komen Instagram Yuna dan Adam juga mendapati ramai meninggalkan ucapan tahniah buat pasangan itu dan mendoakan kebahagian mereka.

Adam, 33, yang juga seorang pengarah pernah memenangi trofi Festival Filem Malaysia menerusi kategori Filem Pendek Terbaik iaitu Sanzaru pada 2012.

Dia juga bertindak sebagai pengarah muzik video Wanita Terbahagia selain muzik video Pulang yang dinyanyikan oleh Yuna dan Sonaone.-Pen Merah Press.


✍ Sumber Pautan : ☕ Edia Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ubJErU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.