Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki rakam dan paksa dua kanak-kanak lakukan hubungan intim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki rakam dan paksa dua kanak-kanak lakukan hubungan intim

gambar hiasan

Lelaki rakam dan paksa dua kanak-kanak lakukan hubungan intim|Lelaki berusia 29 tahun ditahan dipercayai memaksa dua kanak-kanak meniru dan melakukan aksi lucah selepas menunjukkan video tidak senonoh itu menerusi telefon bimbit di sebuah rumah di Kampung Sungai Buloh, Sungai Siput di sini.

Dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia sembilan dan 10 tahun dipercayai dipaksa melakukan aksi tidak senonoh itu pada minggu lalu dalam sebuah bilik ketika kedua ibu bapa mangsa keluar bekerja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga Selasa ini untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Siput jam 10 pagi semalam mendakwa suspek datang ke rumahnya ketika dia dan suami keluar bekerja sebelum menunjukkan video lucah kepada dua mangsa berkenaan.

“Suspek menyuruh kedua-dua mangsa berkenaan meniru aksi lucah dalam video berkenaan dan memaksa melakukan aksi terbabit dalam bilik.

“Selepas kejadian, kedua-dua mangsa diberikan wang sebanyak RM4 supaya tidak mendedahkan perkara itu kepada ibu bapa mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tian Kee berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sungai Siput untuk menerima rawatan lanjut dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan pada tubuh mangsa.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (b) dan 15 Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017,” katanya.

The post Lelaki rakam dan paksa dua kanak-kanak lakukan hubungan intim appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wusXIU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.