Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Nasihat Sepasang Suami Supaya Meletakkan Anak Mereka Di Tempat Duduk Belakang Kerana Si Anak Tak Habis Bunyikan Hon Kereta Sampai Mengganggu Kawasan Kejiranan, Tetapi Lelaki Ini Pula Di Maki.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Nasihat Sepasang Suami Supaya Meletakkan Anak Mereka Di Tempat Duduk Belakang Kerana Si Anak Tak Habis Bunyikan Hon Kereta Sampai Mengganggu Kawasan Kejiranan, Tetapi Lelaki Ini Pula Di Maki..



PERNAH dengar tak si pemberi nasihat kena maki apabila dia bagi nasihat? Dah biasa dengar kan? Sebab apa sebenarnya jadi si pemberi nasihat dimaki?

Adakah cara nasihat tu sendiri yang tak betul, atau si penerima nasihat tak boleh nak terima nasihat yang diberi ke atau apa?

Seorang lelaki ini telah menasihati sepasang suami isteri supaya meletakkan anak mereka di tempat duduk belakang. Sebab apa?


Sebab si anak tak habis bunyikan hon kereta sampai mengganggu kawasan kejiranan tu.Tapi si suami dengan pantas keluarkan telefon bimbit, rakam lah apa lagi… Kasi viral semua orang tahu.

Bukan setakat suaminya je yang ‘naik,’, tapi dengan isteri sekali ‘naik’ sama-sama. Si suami pegang telefom bimbit, si isteri pula memaki. Bukan memaki macam mana, cuma dia tak boleh terima bila ditegur.


Tapi kalau orang dah nasihat, kenapa taknak terima? Kenapa nak terjerit-jerit sampai macam tu sekali pula? Terima je lah teguran tu. Tapi tak boleh cakap lebih juga sebab kita tak tahu apa yang terjadi sebelum video ni dirakam kan.

“Saya cuma menasihati awak untuk letakkan anak dekat tempat duduk belakang. Dia mengganggu jiran yang lain dengan bunyikan hon macam tu,” nasihat lelaki itu.

“Apa masalah awak? Saya tak memandu pun, jadi tak ada masalah kalau anak saya duduk dekat depan. Baik awak diam lah,” jawab isteri itu.

Ya puan, walaupun kereta tak bergerak, tapi bila si kecil tu duduk dkt depan pemandu, dia mesti akan bunyikan hon. Jadi mestilah mengganggu jiran yang lain.

Apa yang kelakarnya bila si anak tu bunyikan hon, si ayahnya pula menyuruh si anak tu bunyikan lagi hon tu. Aduhhh, si ayah pun satu saja bakar line kan.


Video yang berdurasi hampir 3 minit ini dikatakan dirakam dekat kawasan kejiranan di Singapura. Sebab si penasihat ada sebut “Saya tak pasti awak ni orang Singapura atau tidak, tapi awak boleh faham kan apa yang saya cakap?”.

Tak tahulah nak salahkan siapa dalam hal ni, nak salahkan si penasihat ke atau si penerima nasihat sebab tak boleh terima nasihat orang lain.

Apa pun, anda semua jangan nak pandai-pandai buat andaian pula ya. Jangan ada isu perkauman dekat sini. Kita hanya share je. Lepas ni kalau ada orang nasihat, terima je. Jangan gaduh pula. 

VIDEO:

Kredit: Mynewshub


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v6DJYb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.