Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berani mati! Jurusolek guna garfu untuk makeup tarik perhatian penonton - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berani mati! Jurusolek guna garfu untuk makeup tarik perhatian penonton

PETALING JAYA: Jangan pandang rendah keupayaan garfu kerana ia sebenarnya mampu mencantikkan wajah seseorang!

 

 

Berani mati! Jurusolek guna garfu untuk makeup tarik perhatian penonton

Berani mati! Jurusolek guna garfu untuk makeup tarik perhatian penonton

 

Perkara ini telah dibuktikan oleh seorang jurusolek dari utara tanahair yang berjaya tampil berseri-seri selepas wajahnya disolek menggunakan garfu sebagai alat bantuan.

Siti Nurfarahain Zakaria, 29, berkata, dia sentiasa mahu kelainan dalam memberi tips dan tunjuk ajar kepada wanita-wanita di luar sana yang mahu belajar teknik solekan dengannya.

 

Tidak hanya garfu, dia sebelum ini juga pernah menggunakan sudu, kotak tisu dan pembaris untuk bersolek dan hasilnya tidak menghampakan.

“Saya tak mahu orang ‘cemuih’ (bosan) sebab tu saya selalu fikir sesuatu yang lain untuk mengajar teknik bersolek.

“Apatah lagi bila buat tutorial mekap di ‘Facebook live’, saya kena tarik perhatian orang untuk tengok dan tunggu sampai saya habis mekap, bukan tengok sekerat (separuh) jalan,” katanya kepada mStar Online.


Selain sering menggunakan alat bantuan ‘pelik’ untuk membantu mencantikkan wajah, dia juga pernah muncul dengan wajah hantu dan badut untuk kelas mencuci mekap.

Kaedah ‘gila-gila’ ini dilihat berjaya menarik minat orang ramai untuk terus ‘melayan’ tutorial yang dilakukannya, apatah lagi ia disampaikan secara bersahaja dengan loghat pekat negeri Kedah.

“Memang ramai yang perasan, saya memang cakap pekat macam ni, berus solek jadi ‘beruih’.

“Tak palah, janji depa tengok dan terhibur,” kata wanita kelahiran negeri Jelapang Padi itu.

Mengulas lanjut mengenai penggunaan garfu, dia berkata ia berfungsi sebagai pembaris, penanda aras atau membuat ‘bayang’.

“Banyak sebenarnya boleh dijadikan alat bantuan solekan, saya pernah tengok ‘orang putih’ guna sudu. Terfikir juga nak guna pisau tapi tak berani pula nanti luka satu muka,” katanya berseloroh.

Dengan pengalaman tujuh tahun menceburi bidang solekan dan mempunyai studio sendiri, School of Makeup by Siti Nurfarahain di Alor Setar, Kedah, Siti Nurfarahain berkata, sebagai jurusolek, dia akan memastikan produk yang digunakan berkualiti tinggi tetapi harganya berpatutan.

“Saya akan guna dulu untuk solek muka saya, kalau bagus barulah saya buat tutorial dan syorkan kepada pelanggan,” kata bekas kerani sekolah ini.

Via: Mstar



Sumber Berani mati! Jurusolek guna garfu untuk makeup tarik perhatian penonton

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hxNCJs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.