Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penantian lebih 30 tahun penduduk Kampung Perwira Jaya berakhir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penantian lebih 30 tahun penduduk Kampung Perwira Jaya berakhir

OLEH HAFIZAN TAIB

AMPANG, 5 OGOS: Penyerahan notis 5A kepada penduduk Kampung Perwira Jaya, di sini, hari ini, mengakhiri penantian ditanggung mereka selama lebih 30 tahun.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata kelulusan diberikan Kerajaan Negeri memberikan kelegaan kepada penduduk yang sememangnya menanti detik gembira itu.

“Setelah lebih 30 tahun menduduki tanah mereka, impian penduduk telah menjadi kenyataan hasil doa dan kesabaran mereka,” katanya dalam Majlis Penyerahan Borang 5A di Kampung Perwira Jaya, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan borang notis 5A kepada 20 penduduk di kampung berkenaan.

344A4239Iskandar yang juga Ahli Dewan Negeri Chempaka berkata, usaha dijalankan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Chempaka bagi menyelesaikan masalah itu memakan masa lebih lapan tahun.

Katanya, antara masalah dihadapi adalah berkaitan kawasan perumahan berhampiran, Taman Angsana Hilir, yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Akibat kesilapan pentadbiran sebelumnya, ada tanah Jalan 6 dan 7 dimasukkan ke dalam taman itu serta ada penduduk mendapat tanah manakala tanah sebahagiannya diserah kepada pemaju.

“PKM Chempaka mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan pihak tertentu bagi mengatasi masalah itu hingga akhirnya diselesaikan dengan penyerahan notis 5A ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus berusaha bagi mengatasi masalah masih ada supaya pemilik tanah lain di kawasan itu mendapat hak milik mereka.

=EZY=


Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vBWggm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.