Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video: Keluarga Muslim dakwa McDonald’s sengaja sembunyikan daging babi dalam burger - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video: Keluarga Muslim dakwa McDonald’s sengaja sembunyikan daging babi dalam burger

SATU keluarga Muslim mendakwa kakitangan restoran makanan ringan McDonald’s di Alabama sengaja menyembunyikan bakon (kepingan daging khinzir) dalam semua makanan mereka.

 

 

Video: Keluarga Muslim dakwa McDonald's sengaja sembunyikan daging babi dalam burger

Video: Keluarga Muslim dakwa McDonald’s sengaja sembunyikan daging babi dalam burger

Keluarga yang dalam perjalanan dari New York itu dilapor berhenti makan di sebuah restoran McDonald’s di Decatur, Alabama.

Selepas memesan burger McChicken, keluarga Muslim itu terkejut apabila mendapati daging bakon tersembunyi di dalam burger mereka.

Malah, ada ahli keluarga yang telah termakan bakon berkenaan sebelum menyedarinya.

 

 

Seorang pelanggan kemudian memuat naik video insiden tersebut menerusi video YouTube.

‘Bakon dalam burger McChicken kami,” tulisnya.

Susulan insiden itu, Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) Alabama menuntut penjelasan.

Pengarah Eksekutifnya Khaula Hadeed berkata: “Ini tidak seperti satu kesilapan, terutamanya kalau bakon itu ada dalam 14 ketul burger.

“Dendeng daging itu sama ada terletak di atas ayam atau tersembunyi di bawah burger supaya (pengguna) tidak sedar. Itulah sebabnya kami rasa ini disengajakan.”

“Mereka makan McChicken sepanjang masa di McDonald’s. Mereka tahu apa yang mereka pesan – mereka tahu apa yang ada di dalam makanan itu,” tambah Hadeed.

Pertubuhan Islam itu turut mendesak pemecatan pekerja McDonald’s terbabit kerana tidak sensitif.

 

Sumber: Awani



Sumber Video: Keluarga Muslim dakwa McDonald’s sengaja sembunyikan daging babi dalam burger

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v81bCJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.