Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Kanak-Kanak 7 Tahun Tersekat Dalam Mesin Basuh Semasa Main 'Sorok-Sorok'.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Kanak-Kanak 7 Tahun Tersekat Dalam Mesin Basuh Semasa Main 'Sorok-Sorok'..


KEGEMBIRAAN seorang kanak-kanak bermain 'sorok-sorok' nyaris bertukar tragedi apabila dia tersekat di dalam sebuah mesin basuh.

Dalam kejadian yang berlaku di rumahnya di Kharkov di timur Ukraine, mangsa berusia tujuh tahun itu merangkak masuk ke dalam mesin basuh untuk menyorok dan menyangka itu adalah tempat persembunyian paling strategik.


Namun ideanya itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia tersekat dan tidak boleh keluar dari mesin basuh tersebut.

Panik dengan keadaan itu, mangsa yang tidak dinamakan itu kemudiannya menjerit meminta bantuan tetapi ahli keluarganya gagal untuk menariknya keluar.

Ekoran itu, mereka menghubungi pihak bomba dan empat anggota yang dikerah ke lokasi kejadian mengambil langkah bijak iaitu menyapu minyak bunga matahari atau Vaseline.


Tujuannya untuk memudahkan kanak-kanak terbabit keluar.

Ternyata perancangan anggota penyelamat itu berhasil dan mereka menggunakan kipas kecil untuk memastikan mangsa mendapat udara yang mencukupi selepas terperangkap dalam mesin basuh itu bagi tempoh yang lama.

Seorang daripada penyelamat itu sempat merakam detik cemas itu yang berdurasi 20 minit dan kini video berkenaan tersebar dalam laman sosial. - Pen Merah Press.

VIDEO:


Sumber: Mirror.uk, mStar





✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wh4yaA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.