Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tempoh Moratorium Bauksit Mungkin Dilanjut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tempoh Moratorium Bauksit Mungkin Dilanjut



KUCHING – Kerajaan tidak menolak kemungkinan akan melanjutkan lagi tempoh moratorium atau penggantungan ke atas semua kegiatan perlombongan bauksit di Pahang yang akan berakhir pada 31 Disember tahun ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini kerana pihak industri dilihat kurang memberi kerjasama dan tidak berminat menguruskan stok simpanan bauksit yang masih bertimbun di kawasan perlombongan.

“Tinjauan mendapati stok simpanan bauksit masih bertimbun, menjangkau sehingga kira-kira 4.8 juta tan metrik ketika ini, jika keadaan ini berterusan, ditambah dengan masalah kegiatan perlombongan haram, kita tidak mempunyai pilihan selain mungkin melanjutkan lagi tempoh moratorium pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan barang keperluan kepada penduduk Surau Darul Hijrah, Taman Impian, Bandar Baru Samariang di sini.

Kerajaan mengenakan moratorium atau penggantungan ke atas semua kegiatan perlombongan bauksit di negeri ini sejak Januari tahun lepas berikutan isu pencemaran alam sekitar dan tempohnya dilanjutkan beberapa kali sebelum diputuskan berakhir 31 Dis tahun ini.

Sepanjang tempoh moratorium itu, pihak industri melaksanakan tindakan seperti mengosongkan stok simpanan bauksit, mewujudkan sebuah kawasan simpanan bersepadu dan sistem pembersihan sisa bahan mineral itu seharusnya dilaksanakan.

Beliau berkata walaupun masih dalam tempoh moratorium, kegiatan melombong bauksit dipercayai masih dijalankan khususnya pada waktu malam.

Katanya pihak kementerian tidak mempunyai badan penguatkuasaan, justeru pembabitan agensi lain seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membanteras kegiatan perlombongan haram ini amat diperlukan.

“Di pihak kementerian, kami akan lihat dan siasat, jika ada antara syarikat pemegang permit yang diluluskan terbabit dengan kegiatan perlombongan bauksit secara haram ini, kita akan ambil tindakan batal permit mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Junaidi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengarahkan supaya kajian terperinci dijalankan bagi melihat kesan hakisan pantai di Malaysia terutama yang menghadap Laut China Selatan, di samping meninjau cara menanganinya.

Beliau berkata ini susulan lawatannya ke negara China sekitar pertengahan bulan lepas, apabila beliau diberi taklimat mengenai fenomena gelombang besar di Laut China Selatan yang dipercayai mengakibatkan hakisan kepada 30 peratus pantai di Malaysia, dengan 10 peratus daripadanya berstatus kritikal.

“Susulan itu juga saya telah mengarahkan supaya kajian terperinci dari sudut teknikal dijalankan untuk melihat keseriusan masalah ini, di samping aspek teknologi yang boleh kita gunakan untuk mempertahankan pantai kita daripada terus dilanda hakisan,” katanya. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2utRZGM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.