Yuna Dan Adam Sinclair Akhirnya Bertunang
Tahniah kepada penyanyi Yuna Zarai kerana telah selamat bertunang dengan jejaka pilihannya, Adam Yousof Mohamed Sinclair, petang tadi yang dilangsungkan di kediaman ibu bapa Yuna di Shah Alam.
Berita baik tersebut pastinya sangat dinantikan peminat penyanyi ini.
“Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan karib. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya”
“Berkat doa mereka, hari ini saya selamat bertunang dengan Adam Sinclair. Saya sangat bersyukur berjumpa dengan seorang lelaki yang sangat penyayang dan baik hati. Percaturan Allah itu memang sungguh indah,” kongsinya kepada Harian Metro.
Tambah Yuna, Adam merupakan kawan karibnya dan sering membuatkannya tersenyum dan ketawa. Semoga segala persiapan Yuna dan Adam menuju hari bahagia dipermudahkan.
Sumber Yuna Dan Adam Sinclair Akhirnya Bertunang
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wgTudw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment