Hi! Welcome Back and Stay Tune! Khairul Hafiz Sedia Sertai 4×400 Sukan SEA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Khairul Hafiz Sedia Sertai 4×400 Sukan SEA



SHAH ALAM – Raja pecut kebangsaan Khairul Hafiz Jantan berjanji akan mempamerkan aksi terbaik sekiranya nama beliau diletakkan dalam acara 4×400 meter Sukan SEA 2017 yang bermula secara rasmi 14 Ogos ini.

Pemegang rekod kebangsaan acara 100, 200 meter dan 4x100m itu menjelaskan beliau bersedia menggalas tugas berkenaan sekiranya diberi kepercayaan oleh jurulatih pecut kebangsaan Mohd Poad Md Kassim untuk menjadi antara peserta acara tersebut.

“Bagi Khairul, kalau diberi peluang oleh jurulatih Mohd Poad, Khairul akan beri persembahan terbaik lebih-lebih lagi beraksi di depan penyokong sendiri sudah semestinya memberi lebih semangat kepada kami selaku atlet negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di perkarangan pejabat F&N Beverages Marketing Sdn Bhd di sini hari ini selepas menyertai larian obor Sukan SEA 2017 sejauh 6.7 kilometer yang bermula dari Kompleks Tenaga Nasional Berhad Shah Alam.

Khairul Hafiz sebelum ini disenaraikan oleh Mohd Poad untuk menyertai tiga acara iaitu 100m, 200m dan 4x100m lelaki.

Laporan media baru-baru ini bagaimanapun mendakwa nama beliau turut disenaraikan sebagai salah seorang pelari 4x400m.

Khairul Hafiz merupakan pemegang rekod kebangsaan bagi acara pecut 100 meter menerusi catatan masa 10.18 saat, 200m (20.90 saat) dan 4×100 meter (39.62 saat).

Pada masa yang sama, anak jati Melaka ini memaklumkan prestasi beliau menjelang Sukan SEA berada dalam tahap terbaik walaupun tidak dapat berlatih di padang trek Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan digunakan untuk acara olahraga.

“Jika dibenarkan berlatih awal di situ, baguslah untuk diri Khairul dan juga rakan sepasukan yang lain, tapi kalau tak dapat pun tak apa kerana persiapan saya dan atlet yang lain sama seperti ketika menyertai kejohanan antarabangsa yang lain,”jelas Khairul Hafiz. -BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2udSHNj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.