Masih ramai peniaga online guna ‘PM’ walaupun sudah diberi amaran oleh KPDNKK
SHAH ALAM – Masih ramai peniaga atas talian menjalankan urusan perniagaan dengan menggunakan akronim ‘PM’ walaupun telah diberi amaran oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kelmarin.
Bagi yang biasa membeli secara atas talian, sudah tentu memahami istilah ‘PM’ yang merujuk kepada Private Message jika ada pelanggan berminat dengan produk dijual.
Buat masa ini, apa yang dapat diperhatikan, perniagaan atas talian masih giat dijalankan menerusi beberapa sosial media seperti Facebook, Instagram dan WeChat dengan akronim ‘PM’ tetap digunakan secara meluas tanpa mempedulikan amaran daripada KPDNKK.
Menurut laporan China Press, kebanyakan peniaga atas talian lebih gemar berkomunikasi dengan pelanggan mereka secara bersendirian kerana tidak mahu syarikat lain mengetahui harga produk yang dijual mereka.
“Sekiranya peniaga A memberitahu harga produk di atas talian, sudah pasti peniaga B akan cuba menurunkan harga. Akibatnya, pelanggan akan membeli produk sama tetapi dengan harga lebih murah dengan peniaga B.
“Perniagaan atas talian adalah satu jenis perniagaan yang mempunyai saingan hebat. Saya sentiasa cuba memberikan penerangan secukupnya kepada pelanggan. Jika ada pelanggan ikhlas nak beli, saya sedia memberikan harga diskaun kepada mereka,” kata seorang peniaga atas talian kepada akhbar ini.
KPDNKK dalam satu kenyataan kelmarin, turut memberi peringatan kepada mana-mana laman sesawang perniagaan agar wajib memaparkan harga barangan dijual dan menerangkan maklumat produk dengan jelas seperti apa yang pengguna ingin tahu.
Pengarah Penguat kuasa KPDNKK, Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata, tindakan itu bagi melindungi hak pengguna, malah undang-undang sedia ada mewajbkan peniaga meletakkan harga dan informasi sebelum transaksi.
Penggunaan ungkapan seperti ‘PM’ atau ‘Done PM’ adalah antara kata kunci yang membolehkan penguat kuasa dapat mengesan mana-mana peniaga atas talian jika gagal memaparkan tanda harga.
Seorang peniaga atas talian pula berpendapat, komunikasi antara peniaga dengan pelanggan secara peribadi sepatutnya tidak menimbulkan masalah kerana ia boleh melindungi keselamatan kedua-dua pihak.
“Di atas talian, kita boleh menemui bermacam-macam jenis pelanggan. Sekiranya urusan perniagaan boleh dijalankan secara peribadi, ia sudah tentu menjamin keselamatan peniaga dan pelanggan,” katanya.
Sumber: Sinar
Sumber Masih ramai peniaga online guna ‘PM’ walaupun sudah diberi amaran oleh KPDNKK
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vrmBgP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment