Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dakwa konspirasi jatuhkan k'jaan, polis akan panggil Dr M - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dakwa konspirasi jatuhkan k'jaan, polis akan panggil Dr M

Malaysiakini 5/8/17
Polis akan memanggil semua pihak berkaitan, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan konspirasi bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menjatuhkan kerajaan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kedua-dua pihak telah membuat laporan polis terhadap satu sama lain mengenai dakwaan itu serta dua kertas siasatan telah dibuka.

Noor Rashid turut memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara itu, lapor NST Online.
"Kami akan memanggil setiap orang yang terlibat," beliau dilapor sebagai berkata.
Beliau ketika ditanya sama ada Mahathir akan turut dipanggil dengan ringkas berkata “Ya”.

Noor Rashid berkata kedua-dua kertas siasatan itu akan dikendalikan di bawah Seksyen 500 Kanun iaitu kesalahan fitnah jenayah.
Isnin lalu Mahathir mendakwa Zahid pernah menemuinya apabila dilantik sebagai timbalan perdana menteri untuk memohon simpati dan sokongan untuk menggantikan Najib.

Bagaimanapun Zahid tampil menafikan perkara mahu menjatuhkan Najib dan menegaskan beliau mempunyai rakaman pertemuan itu.
Namun, Zahid tidak menghuraikan lanjut berkaitan jenis rakaman itu sama ada perbualan suara atau pun video.



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v8hJuo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.