Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahli Perniagaan Guna 4.7 Juta Duit Syiling Bayar Hutang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahli Perniagaan Guna 4.7 Juta Duit Syiling Bayar Hutang


KIROV, Rusia – Seorang ahli perniagaan yang kecewa di Kirov, Rusia membayar hutang premium insurans berjumlah Ruble 46,700 (RM3,387) kepada jurusita dengan menggunakan 4.67 juta kopeck, duit syiling Rusia.

Perkhidmatan Jurusita Persekutuan (FSSP) berkata, individu yang berhutang itu perlu melepasi meja keselamatan di pintu masuk beberapa kali bagi menghantar wangnya itu, lapor RT.

“Bagi membayar semula hutang, dia membawa (enam atau tujuh) karung bank yang berat dan satu kotak penuh berisi syiling satu kopeck,” Kata FSSP dalam satu kenyataan.

Kopeck 100 bersamaan Ruble 1, bermakna ahli perniagaan yang tidak mahu dikenali itu menggunakan 4,670,000 duit syiling untuk membayar hutangnya yang berjumlah Ruble 46,700.

Menurut jurusita itu, lelaki itu mengambil tindakan tersebut semata-mata mahu menunjukkan kekecewaannya terhadap pembayaran tunggakan.

“Dalam perbualan, individu yang berhutang itu mengesahkan dia sengaja menukar wang kertas kepada duit syiling untuk menyukarkan lagi kerja FSSP,” kata satu kenyataan.

Bagaimanapun, FSSP menegaskan ahli perniagaan itu tidak menunjukkan sebarang emosi kepada jurusita yang mengendalikan kes tersebut, ketika pembayaran diterima.

Beberapa kakitangan diperlukan untuk mengira syiling dan ahli perniagaan itu terpaksa berada dalam pejabat sehingga mereka selesai mengiranya, tambahnya.

FSSP berkata, pihaknya menerima pembayaran yang dilakukan dengan syiling dan wang kertas dan cara yang lebih mudah ialah dengan pembayaran dilakukan menggunakan laman sesawang agensi itu.

Pada Januari 2016, sebuah syarikat pengangkutan Rusia di wilayah Nizhny Novgorod membayar hutang berjumlah Ruble 100,000 dengan menggunakan duit syiling seberat 300 kilogram. – Agensi.


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g3tgYn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.