“Apa motif Hafiz? Kalau betul dia sayang Joy, perkara ini tidak akan timbul” – Bekas suami Joy Revfa
Datuk Ray Imran, iaitu bekas suami Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Revfa, mempersoal niat penyanyi, Hafiz Hamidun memanjangkan kontroversi perkahwinan dengan usahawan kosmetik itu.
Ray atau nama sebenarnya, Mohd Rayos Abdul Rahim, kesal dirinya terpalit dalam kontroversi itu sedangkan dia sudah memberi kerjasama sebelum pasangan itu bernikah, Mei lalu.
Ray berpendapat kontroversi itu tidak sepatutnya berpanjangan jika Hafiz benar-benar mencintai Joy.
“Saya terkejut, apa motif Hafiz yang masih memanjangkan isu ini. Kalau betul dia sayang Joy, perkara ini tidak akan timbul.
“Saya rasa ada sebab lain yang cuba diselindung Hafiz,” katanya ketika dihubungi BH Online.
Terdahulu, pada sidang media, Hafiz mendakwa Joy masih dalam ikatan perkahwinan dengan Ray pada hari mereka dinikahkan pada 1 Mei lalu.
Ray turut mempersoal mengapa Hafiz merasa ragu-ragu sedangkan penyanyi itu dan Joy berbulan madu sambil menjayakan program terbitan syarikat televisyen (TV) swasta di Taiwan, baru-baru ini.
“Sudah pergi berbulan madu di Taiwan, kenapa ragu-ragu? Jika benarlah Joy tidak pandai memberikan kerjasama menyelesaikan masalah, dia sebagai suami perlu bertindak lebih matang.
“Biasalah perempuan kalau rasa diabaikan, mereka beremosi,” katanya.
Ray mengaku sebelum kontroversi tercetus, dia gembira melihat Joy sudah membina kehidupan baru.
“Apa-apapun, saya akan beri kerjasama kepada bekas isteri dan mahkamah untuk mengelak fitnah dan spekulasi,” katanya.
Sumber: BH Online
Sumber “Apa motif Hafiz? Kalau betul dia sayang Joy, perkara ini tidak akan timbul” – Bekas suami Joy Revfa
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vlL1UU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment