Hi! Welcome Back and Stay Tune! ASB Sarankan Pelabur Elak Guna Agihan Pendapatan Bayar Balik Pinjaman ASB Untuk Nikmati Lebih Banyak Faedah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ASB Sarankan Pelabur Elak Guna Agihan Pendapatan Bayar Balik Pinjaman ASB Untuk Nikmati Lebih Banyak Faedah

Pastinya ramai yang pernah mendengar mengenai Pinjaman ASB, namun tidak pasti kaedah terbaik bagaimana ia boleh digunakan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan seseorang.

Dan semakin mengelirukan apabila sejak kebelakangan ni ramai yang kongsi cara membuat pelaburan dengan ASB termasuk tip & trick menjadi pelabur yang bijak di sosial media dari perseorangan atau ejen-ejen bank.

Tahukah anda ramai yang mengambil Pinjaman ASB dan berasa terperangkap dengannya apabila mereka ingin membuat pinjaman baharu contohnya untuk membeli rumah?

Ada juga yang terpaksa menamatkan pinjaman lebih awal kerana tidak mampu membiayai ansuran bulanan yang dirasakan terlalu tinggi hingga mengganggu keupayaan mereka untuk hidup dengan selesa.

Ini semua berlaku apabila pinjaman diambil tanpa ilmu dan hanya ikut-ikutan sahaja sedangkan jika Pinjaman ASB diambil mengikut kemampuan untuk membayar ansuran bulanan, ia boleh menjadi sumber modal untuk membantu pelabur membina tabungan kukuh.

Admin baru-baru ini sempat menghadiri Seminar Khas Pelaburan – Pembiayaan ASB anjuran Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Baru la admin tahu kaedah terbaik menggunakan pinjaman untuk mengukuhkan tabungan.

Kita perlu menganggap pinjaman yang diambil untuk melabur dalam ASB ini sama seperti kita meminjam untuk membeli rumah atau kereta.


Peserta-peserta di seminar Pelaburan ASB baru baru ini

Mengapa?


Menurut penceramah, ramai diluar sana yang mengambil pinjaman ASB, tetapi mengeluarkan agihan pendapatan tahunan yang diterima untuk membayar ansuran bulanan pinjaman berkenaan. Betul tak?

Pada akhir tempoh meminjam, apa yang mereka miliki hanyalah modal yang dipinjam sahaja kerana pulangan pelaburan yang diterima telah digunakan untuk membayar caj pinjaman bank

Dari sudut pelaburan, mereka ini sebenarnya dalam kerugian kerana tidak dapat menikmati manfaat yang sepatutnya diperoleh daripada pelaburan iaitu penggandaan modal asal dan perlindungan nilai wang daripada inflasi.

Contoh penggandaan modal asal ialah, katakan anda meminjam RM100,000 selama 10 tahun dengan unjuran agihan pendapatan tahunan 6 peratus. Sepanjang tempoh itu, anda tidak pernah mengeluarkan agihan pendapatan walaupun sekali.

Tahukah anda berapa jumlah tabungan yang anda miliki pada akhir tempoh pinjaman? Berdasarkan kiraan mudah yang saya lakukan menggunakan kalkulator kewangan, anda akan memiliki wang berjumlah RM180,000 dalam akaun ASB anda.

Namun jika anda menggunakan agihan pendapatan untuk membayar ansuran bulanan, jumlah yang anda miliki pada akhir pinjaman ialah RM100,000, iaitu modal yang anda pinjam. Dan tahukah anda, RM100,000 yang anda miliki itu, nilai sebenarnya telah mengecil akibat inflasi.

Bagaimana inflasi mengecilkan nilai wang anda?

Bayangkan sahaja apa yang boleh anda miliki dengan RM50 hari ini berbanding dahulu. Jika 5 tahun dahulu, berbelanja dengan RM50 membolehkan anda membawa pulang pelbagai barang, tetapi hari ini, kadangakala 3-4 barang sahaja sudah mencapai RM50.

Begitulah inflasi mengecilkan nilai wang dari tahun ke tahun dan hanya dengan pelaburan berisiko rendah dan memberi pulangan kompetitif seperti ASB, anda dapat melindungi nilai wang anda dari tahun ke tahun.

Jadi jika pelaburan anda tidak berkembang, bagaimana pinjaman ASB itu dapat membantu anda membina kewangan kukuh? Sebagai peminjam, anda sebenarnya hanya membayar caj bulanan kepada bank dan tidak menerima manfaat daripada pelaburan anda.

Ini kerana kuasa faedah kompaun yang merupakan kuasa gandaan wang yang seringdisebut dalam dunia pelaburan, hanya akan berfungsi jika agihan pendapatan atau dividen yang diterima dilaburkan semula.

Banyak yang berlaku ialah peminjam mengambil pinjaman diluar kemampuan dan apabila berdepan masalah membayar ansuran bulanan, mereka menyalahkan ASB dan menamatkan pinjaman lebih awal.

Perkara ini dapat dielak jika peminjam memahami strategi terbaik untuk mengurus pinjaman ASB dan tidak hanya mengambil pinjaman ini sebagai ikut-ikutan atau kerana terpengaruh dengan kata-kata ejen pinjaman yang tidak beretika.

Kesimpulannya, amat penting untuk menganggap Pinjaman ASB sama seperti pinjaman kereta atau rumah.

Adakah anda mengharapkan pulangan daripada kereta atau rumah apabila anda membelinya?


Sudah pasti tidak bukan? Kecualilah jika anda menjadikan kereta sebagai ‘Uber’ atau rumah sebagai rumah inap desa atau rumah sewa. Namun begitu, pastinya ada kos lain terlibat yang mengurangkan pulangan yang anda terima seperti kos minyak, pengurusan kereta dan rumah, penyenggaraan dan sebagainya.

Jadi mana mungkin anda meminjam untuk melabur dan kemudiannya mengharapkan instrumen berkenaan menampung pula bayaran bulanan untuk pinjaman berkenaan.

Lagipun, ASB sendiri ialah unit amanah yang merupakan satu instrumen pelaburan yang terdedah kepada pelbagai risiko pelaburan seperti pendapatan daripada pelaburan, persekitaran ekonomi semasa dan sebagainya.

ASB tidak pernah menjanjikan sebarang pulangan tertentu, jadi usahlah anda terpedaya dengan kata-kata mereka yang hanya ‘menjual’ Pinjaman ASB tanpa mendidik anda mengenai risiko yang perlu anda tanggung.

Jadi jika anda tiada kemampuan untuk membayar ansuran bulanan menggunakan wang sendiri, lebih baik anda melabur secara tunai sahaja setiap bulan. Cubalah untuk mendisplinkan diri dan anda akan dapat menikmati manfaat daripada pelaburan.

Bukanlah anda tidak boleh mengeluarkan langsung dividen yang diterima, tetapi biarlah apabila ia dikeluarkan ia digunakan untuk perkara bermanfaat sepertii deposit rumah, pembiayaan pendidikan ataupun untuk kecemasan.

Ingat, melabur dalam ASB secara tunai juga mudah. Anda boleh memulakan pelaburan dengan serendah RM10 dan menambah pelaburan anda pada bila-bila masa mengikut kemampuan sehingga mencapai jumlah maksima RM200,000.

Kalah dah penuh RM200,000 dalam ASB, anda boleh juga memilih untuk melabur dalam unit amanah harga tetap lain seperti ASB2, ASD dan lain-lain.


Sebelum membuat pembiayaan ASB, fikirkan perkara berikut:


1. Komitment sedia ada:

• Hutang/pinjaman sedia ada?
• Ada lebihan wang untuk membayar ansuran bulanan ?


2. Tempoh Pembiayaan?
• 5 tahun? 10 tahun? 20 tahun?
• Lebih lama anda meminjam, lebih kecil ansuran bulanan yang perlu dibayar.


3. Adakah saya mampu membayar ansuran bulanan?
• Mampu? 

Teruskan meminjam untuk:
i. menikmati manfaat daripada pelaburan dan
ii. modal pelaburan anda akan berkembang.

• Tidak mampu?
+ Boleh teruskan jika matlamat anda hanyalah untuk memiliki sedikit simpanan.
+ Anda berdepan risiko kerana ASB tidak pernah menjanjikan pulangan tahunan pada peratusan tertentu.
+ Sekiranya agihan pendapatan ASB kurang daripada caj pinjaman, anda perlu membayar ansuran bulanan menggunakan wang sendiri.
+ Jika ada terpaksa menamatkan pinjaman lebih awal, anda sebenarnya menanggung kerugian kerana masih perlu membayar baki pinjaman.
+ Jadi jika tiada kemampuan, lebih baik melabur secara tunai.


Pinjaman ASB sepatutnya membantu anda membina tabungan kukuh, bukannya menjejaskan kedudukan kewangan semasa anda.

So fikirkan la, yang terbaik untuk anda. Tak dinafikan, admin pun ada ejen kejar. Ada yang suruh buat pelaburan dan tahun 3 stop pelaburan untuk dapat dividen dan principle. Ada juga yang mengajar gunakan dividen untuk bayaran ansuran bulanan, dan buat lagi pinjaman lain, selepas setahun.

Admin dah bawa pesanan ni dari ASB, semoga bermanfaat.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vO3dey

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.