Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pasaran Saham Eropah Turut Meleset Dengan Peningkatan Risiko Geopolitik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pasaran Saham Eropah Turut Meleset Dengan Peningkatan Risiko Geopolitik

Pasaran saham Eropah jatuh pada Rabu dengan majoriti penanda aras prestasi ekuiti Eropah berwarna merah dengan sentimen pasaran ketika ini bertukar kepada risk-off.

Kejatuhan pasaran Eropah dilihat mengikuti jejak langkah pasaran US dan Asia yang meleset selepas Korea Utara mempertimbangkan untuk menyerang Guam yang juga terletaknya pangkalan besar tentera Amerika Syarikat.

Indeks Stoxx 600 yang terdiri daripada 600 saham Eropah jatuh 0.80% setakat pukul 5.56 petang. Dax di Jerman setakat ini jatuh 1.28% di mana hasil German Bund juga turut meleset.

CAC40 di Perancis pula jatuh 1.18% selepas berlakunya insiden di Paris.

FTSE100 di United Kingdom meleset 0.86% dengan indeks Euro stoxx 50 turut meleset sehingga 1.56% setakat ini.

Di Asia, Nikkei ditutup 1.3% lebih rendah dalam penutupan pasaran Rabu di mana pengukuhan Yen memberi kesan kepada pengekspor-pengeksport di Jepun. KOSPI di Korea Selatan pula jatuh sehingga 1.1% ke paras terendah tujuh minggu lalu.

Dalam keadaan seperti ini, pelabur beralih kepada aset safe-haven khususnya jika ada risiko kepada pasaran. Yen mengukuh sehingga hampir 120 pip sejak Selasa, di mana Swiss Franc dan emas turut mendapat permintaan tinggi.

“Dengan peningkatan risiko geopolitik, kita perlu menunggu dan lihat sampai bila pergerakan ini berterusan sebelum meletakkan sebarang ‘position‘,” kata Viraj Patel penganalisis strategi forex di ING London.

The post Pasaran Saham Eropah Turut Meleset Dengan Peningkatan Risiko Geopolitik appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fstHLt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.