Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bapa rogol dan liwat anak perempuan 600 kali, mahkamah tak cukup masa baca 599 pertuduhan, perbicaraan ditangguhkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bapa rogol dan liwat anak perempuan 600 kali, mahkamah tak cukup masa baca 599 pertuduhan, perbicaraan ditangguhkan

Seorang ejen unit amanah mengaku tidak bersalah di atas 150 tuduhan meliwat anak perempuannya dan Mahkamah Sesyen terpaksa menangguhkan kes itu kepada Khamis kerana suspek memiliki sejumlah 599 salah laku seksual terhadap mangsa sejak dia berusia 13 tahun.

gambar hiasan

Selain tuduhan meliwat, duda yang berusia 36 tahun itu juga didakwa merogol mangsa yang kini berusia 15 tahun itu dan 30 tuduhan melakukan serangan seksual tanpa persetubuhan.

Agen unit amanah tersebut juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut selepas dibacakan kepadanya pada Rabu.

Hakim Mahkamah Sesyen Yong Zarida Sazali yang merupakan hakim di mahkamah khusus untuk perbicaraan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, terpaksa menangguhkan perbicaraan itu kerana masa tidak mencukupi untuk membaca baki tuduhan meliwat kepada suspek.

Sebanyak 150 pertuduhan liwat itu yang disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan didakwa dilakukan sebanyak tiga kali sehari dalam bilik utama sebuah pangsapuri di Sungai Way, Petaling Jaya dari Januari hingga Mac tahun ini.

Suspek yang juga mempunyai dua lagi anak perempuan turut mengaku tidak bersalah atas satu tuduhan merogol yang disiasat di bawah Seksyen 376A Kanun Keseksaan.

Manakala bagi 30 tuduhan melakukan serangan seksual tanpa persetubuhan itu pula disiasat di bawah Seksyen 14 Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Suspek yang tidak diwakili peguam tiba di mahkamah pada pukul 8.45 pagi dan dibawa masuk pada pukul 9 pagi.

Bagaimanapun, semua pertuduhan dibaca dihadapan suspek pada pukul 2.50 petang.

Sumber: Mstar



Sumber Bapa rogol dan liwat anak perempuan 600 kali, mahkamah tak cukup masa baca 599 pertuduhan, perbicaraan ditangguhkan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wtzZyH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.