Hi! Welcome Back and Stay Tune! Krisis Semakin Tegang, Korea Utara Mengancam Serangan ke Wilayah Amerika Pasifik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Krisis Semakin Tegang, Korea Utara Mengancam Serangan ke Wilayah Amerika Pasifik

Korea Utara sedang mempertimbangkan serangan peluru berpandu ke wilayah Amerika pasifik di Guam, beberapa jam selepas Presiden Trump mengancam Korea Utara.

Krisis geopolitik ini telah bermula beberapa bulan lalu dan masih belum menemui jalan penyelesaian. Korea Utara enggan mematuhi desakan Amerika Syarikat untuk menghentikan ujian peluru berpandu mereka.

Ketegangan yang semakin memuncak ini dijangka akan memberi kesan kepada pasaran di mana amaran telah diberikan kepada pegawai-pegawai rasmi US dan penganalisis agar tidak membuat retorik berkaitan dengan Korea Utara.

Pyongyang dalam masa sama berkata akan meneliti perancangan bagi menyerang Guam yang mempunyai 163,000 penduduk dan juga pangkalan tentera US.

Pemimpin tertinggi Guam, Gabenor Eddie Calvo mengutuk ancaman Korea Utara dan berkata pulau itu bersedia berhadapan sebarang kemungkinan.

“Guam adalah tanah Amerika Syarikat dan kami bukan hanya pangkalan ketenteraan,” kata Calvo.

Trump pasa Selasa mengeluarkan ancaman terbesar kepada Korea Utara dalam komennya di New Jersey.

“Korea Utara lebih baik tidak membuat ancaman lagi selepas ini kepada Amerika. Mereka akan berhadapan dengan ‘api dan ketakutan’ seperti yang dunia tidak pernah lihat,” kata Presiden Trump.

 

Harga Emas Melonjak Berikutan Risiko Geopolitik Global

The post Krisis Semakin Tegang, Korea Utara Mengancam Serangan ke Wilayah Amerika Pasifik appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2viCRQf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.