Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bapa durjana rogol dan liwat anak perempuan kandung lebih 600 kali - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bapa durjana rogol dan liwat anak perempuan kandung lebih 600 kali

SHAH ALAM – Seorang bapa akan didakwa di Mahkamah Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak membabitkan sekurang-kurangnya 600 dakwaan meliwat dan rogol anak perempuannya.

 

 

Bapa durjana rogol dan liwat anak perempuan kandung lebih 600 kali

Bapa durjana rogol dan liwat anak perempuan kandung lebih 600 kali

 

Lelaki terbabit yang berusia 37 tahun, dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sejak dua tahun lalu, selepas mangsa yang kini berusia 15 tahun tinggal bersama ekoran perceraian dengan isterinya.

Suspek kini berada dalam tahanan reman selepas ditahan polis sejak 26 Julai lalu.

 

Dia ditahan polis selepas mangsa mendedahkan nasib malang menimpanya kepada ibu kandung, sejurus mengetahui bapanya itu berhasrat mengambil dua adiknya berusia sembilan dan 11 tahun untuk tinggal bersama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, berkata suspek akan berhadapan 632 pertuduhan membabitkan kesalahan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 serta Akta Kanak-kanak 2016.

“Suspek akan didakwa di Mahkamah Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak esok membabitkan 599 kesalahan meliwat serta satu dakwaan merogol.

“Dia juga berdepan 30 pertuduhan mengikut Seksyen 14/16 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan masing-masing satu pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a)dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2016,” katanya di sini.

Bagi tuduhan meliwat, jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 377C, tertuduh boleh dipenjara di antara lima hingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Berdasarkan 599 pertuduhan liwat yang dihadapinya, lelaki itu boleh berdepan hukuman penjara berjumlah hampir 3,000 tahun.

Bagi kesalahan rogol anak kandung atau sumbang mahram mengikut Seksyen 376B boleh dihukum penjara 10 hingga 30 tahun dan dikenakan sebatan. -BHOnline

Sumber: Mynewshub



Sumber Bapa durjana rogol dan liwat anak perempuan kandung lebih 600 kali

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uGif0J

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.