Suami outstation, saya kena tido sorang dalam bilik. Pada satu malam saya rasa sesuatu pegang bahagian badan saya, saya ingat hantu , tapi rupa rupanya….
Assamualaikum admin KRT, mohon hidekan facebook saya. Ini second fb sy yg sy create semata mata nk pm admin KRT mlm ni. Saya nak minta pendapat, dan pandangan semua :
Saya tinggal di rumah mertua selepas berkahwin dan dah nak hampir 3 tahun. Dalam rumah ini ada mak ayah dan adik adik ipar. Sebelum2 ni alhamdulillah semuanya okay sepanjang saya tinggal disini dan saya pon menutup aurat jika ada adik adik ipar. Tetapi pada minggu ini, suami terpaksa pergi outstation luar negeri.
Bila suami tiada saya tidur sorang jela, tp baru baru ni, ianya pertama kali, sebelum subuh,pukul 5.10am lebih kurang, masa saya terjaga saya rasa ada org lalu depan pintu bilik saya tp sy abaikan sbb bilik depan laluan ke bilik yg lain.
Tp saya terlelap semula dan saya terjaga bila saya rasa ada sesuatu sedang pegang badan sy tp sy x pasti dimana dia sentuh sebab sy mmg tgh tidur dan trus terjaga (disebabkan saya ni penakut hantu), saya terus bangun sbb ingatkan hantu tp sy xnampak apa apa, tp hujung mata sy nampak mcm byg menghala ke bawah katil, bila saya tgk tepi katil rupanya adik ipar lelaki saya duk menyorok.
Bila saya panggil, dia pun bangun dengan gaya nak buat sesuatu terhadap saya, masa tu Allah je yg tahu perasaan saya, mujur jam yg didepan mata tu glow in the dark,masa tu pkul 5.30am dah nak subuh, saya beranikan diri.. Saya tanya dia, kenapa masuk bilik saya pagi pagi ni.. dia x jawab & terus pandang muka saya dan dia keluar smbil pesan “Jangan bgtw abang ye”..dia pesan berulang2 kali, siap whatsapp sampai saya rasa menyampah dan jijik dgn prgai adik ipar sy sendiri… lepas solat subuh biasa sy tlg mak didapur,tp pg ni sy mmg x kluar bilik,
Saya jadi trauma walaupun saya tak tahu apa yg dia buat. Saya takut. Jadi menyampah tengok muka dia.
Jadi sy nk minta pendapat, apa perlu saya buat ? perlu ke sy bgtau suami saya,sebab sy xpasti apa yg dia lakukan,saya bukan nak menfitnah, tp ni juga soal keselamatan dan maruah saya, jika perlu bagaimana saya nk sampaikan pada suami?
Suami seorang yg penyayang tp dlm hal ni sy pasti dia akan bertegas, dalam masa yg sama saya taknak mereka adik beradik bergaduh, mereka sangat rapat, tapi kalau sy fikir pasal mereka bagaimana dgn perasaan trauma yg saya alami?
Cuma sy x sangka bila perkara mcmni terjadi sebab selama sy disini,keluarga ini sangat mementingkan agama. Maaf cerita agak panjang, Tolong ya admin. Terima Kasih.
Sumber : K R T
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wsX7gC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment