Yang Tidak Malu, Sebenarnya Adalah Mahathir
Dalam entri terbaru blog Pengerusi parti bunga, Mahathir ada menulis artikel bertajuk 'Tak Malu'. Mahathir buat cerita karut menuduh golongan tertentu sebagai kononnya tidak malu.
Telunjuk lurus, kelinking berkait. Yang menuding satu jari, empat jari lagi kena pada tuan badan yang menulis.
Sebenarnya, orang yang tidak malu dalam cerita ini ialah Mahathir yang sudah terlalu tua, tapi masih tidak malu pada rakyat. Terlalu kemaruk pada kuasa demi terus mengenyangkan kroni kroninya.
"Saya akan bersara sebagai orang tua yang baik. Saya akan menghabiskan masa untuk beribadat kerana zaman saya sudah berlalu. Saya perlu membuat persediaan untuk hari akhirat" kata Mahathir dalam Utusan Malaysia pada 21 Jun 1999.
Hari ini, sesudah 18 tahun, Mahathir kena malu dengan ayat yang dia sendiri pernah ungkapkan. Mahathir bukan jadi orang tua yang baik pada hari ini, malah menjadi orang tua yang banyak membuat masyarakat keliru, marah dan sakit hati dengannya.
Mahathir kena malu pada ayat ayat dia sendiri. 18 tahun lepas, dia kata Anwar peliwat dan tidak layak jadi PM. Kini, Mahathir sudah iktiraf Anwar sebagai layak menjadi PM dalam The Guardian UK pada 7 Julai 2017.
Dulu Mahathir kata Kit Siang bapak rasis. Mahathir dalam video berdurasi 3 minit 31 saat ketika berucap semasa kempen PRU13 di Shah Alam, dengan lantang menyebut "Kit Siang adalah rasis, Kit Siang adalah pelampau perkauman".
Apakah Mahathir ingat orang sudah lupa dengan semua kata katanya itu? Anwar yang dikata peliwat itu kini menjadi "boss" Mahathir dalam Pakatan Harapan. Mahathir pula yang jadi Timbalan kepada Anwar sekarang.
Kit Siang yang dikata rasis itu juga adalah "big boss" Mahathir dalam Pakatan Harapan. Kerana hendak kuasa, Mahathir kena tunduk dan gadai semua kata katanya yang dulu kerana mahu bersekutu dengan DAP.
Mana ada orang tua yang sanggup mengaku dirinya sebagai "anjing" atau "Top Dog". Sampai sanggup samakan diri dengan binatang. Orang yang tidak malu sahaja yang sanggup buat begitu.
Pasa pertengahan 2015, Mahathir buat tuduhan berkaitan hal 1MDB, Mahathir kata ada sejumlah RM42 bilion dicuri dari 1MDB. Entah apa sebabnya, Mahathir tukar angka jadi RM26 bilion pulak selepas itu.
Akhirnya pada 11 Oktober 2015, Mahathir mengaku dia tidak ada bukti terhadap tuduhannya pada Datuk Seri Najib. Jadi jelaslah apa yang Mahathir tuduh itu tiada asas.
Ayat perompak dan pencuri yang digunakan Mahathir sekadar ayat politik sahajalah, kerana Mahathir sudah mengaku dia tiada bukti.
Bukti paling besar ketika ini, ialah apabila Mahkamah di London membuat keputusan bahawa tiada bukti bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan adalah korup.
Tindakan Editor Sarawak Report, Claire Brown yang menjadikan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai mangsa fitnah besar-besaran pembangkang juga membuatkan Mahathir sudah malu besar.
Mahathir malu besar juga kerana tidak mampu hendak jadi hero membantu serta menyelamatkan Claire di London, apabila portal itu kantoi memfitnah dan menipu.
Rasa malu yang tidak tertanggung dek Mahathir lagi ialah apabila beliau nanti bakal berdepan dengan anggota panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menjawab soalan berkaitan skandal Forex yang terjadi ketika zaman Mahathir jadi Perdana Menteri.
Hilang USD$10 billion semasa Scandal Forex, yang ini ada saksi yang masih hidup yang boleh menceritakan kenapa dan mengapa kehilangan wang itu berlaku.
Segala pekung akan terdedah dan siapa dalang sebenar akan diketahui dalam prosiding berkenaan.
Tempoh 21 Ogos 2017 hingga 21 September 2017 menjadi tarikh yang amat menakutkan bagi Mahathir, Anwar dan Kit Siang.
Mungkin atas sebab itulah, Mahathir awal awal lagi sudah lari ke Jepun mencari ilham sebelum bermulanya siasatan RCI Forex ini.
Malu besar Mahathir menanti di penghujung September ini. Mungkin himpunan besar pembangkang yang dicadang pada 14 Oktober nanti di Kuala Lumpur akan bertukar jadi Himpunan Bebaskan Mahathir Dari Penjara.
Kerana sudah malu bertimpa-timpa, Mahathir tulis entri di blognya kata orang lain yang tidak tahu malu dan masukkan hujah-hujah berunsur hasutan serta menuduh kerajaan macam-macam.
Mahathir sebenarnya yang tidak tahu malu. Dulu kata mahu lepaskan jawatan Perdana Menteri pada 2003 kerana mahu bersama keluarga dan mahu jaga cucu.
Kini sibuk pula hendak jawatan PM kerana mahu beri pada anak sendiri dan meneruskan kekayaan kroni. Inilah sikap tidak sedar diri dan tidak tahu malu sebenarnya.
Tulisan :
Beruang Biru
BB532, Rabu
9 Ogos 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uotK1F
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment