Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Kompromi Terhadap Salah Laku Anggota Polis - Amer - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Kompromi Terhadap Salah Laku Anggota Polis - Amer


KUCHING: Polis Sarawak tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota polis yang terlibat dalam salah laku yang boleh menjejaskan imej dan nama baik pasukan polis khususnya di Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Amer Haji Awal berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang didapati bersalah melakukan kesalahan jenayah.

“Kes terbaru semalam dan awal pagi tadi ekoran penahanan enam suspek yang terdiri daripada seorang anggota berpangkat Inspektor yang bertugas di salah satu cawangan pentadbiran di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

“Lima lagi anggota pangkat rendah yang bertugas di lain-lain cawangan sekitar bandar ini yang dipercayai melakukan pemerasan terhadap peniaga di Batu Kawa dan Sematan yang mana laporan pertama diterima pada 3 Ogos dan laporan kedua diterima semalam.” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Media IPK Sarawak di sini sebentar tadi.

Kesemua enam suspek kini dalam tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikuti Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Jelasnya, sekiranya didapati bersalah mereka akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada di negara ini selain tindakan tatatertib dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk dibuang daripada perkhidmatan dan dihadapkan ke Mahkamah.-Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hIizuB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.