Negara sudah dijajah oleh China melalui ekonomi.
Kenyataan Perkasa.
Majlis Pecah Tanah ECRL hari ini di Kuantan telah membuktikan negara sudah dijajah melalui ekonomi.
Perkasa sangat kecewa identiti negara hilang dalam majlis tersebut. Kelihatan bendera sepanjang jalan dalam bahasa Mandarin. Satu bendera Malaysia pun tidak ada. Apakah tidak dibenarkan bendera malaysia diletak atau digantung untuk majlis tersebut?
Lebih malang lagi pengacara majlis berbahasa Mandarin kemungkinan dibawa dari China. Permulaan penafian Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
Lori-lori dan jentera berat juga dibawa dari China. Perkasa mahu tahu apakah pemadu lori-lori dan pengendali mesin-mesin khas untuk pembinaan track keretapi itu juga dari negara China? Jika benar, apakah rakyat tempatan tidak mampu memandu atau mengedalikannya??? Dan berapa ramai pekerja dari tanah besar China akan dibawa masuk utk bekerja di projek ECRL ini???
Perkasa dimaklumkan majlis pecah tanah tersebut tiada rasa seperti di Malaysia. Penuh dengan bendera2 tulisan Mandarin.
Perkasa menganggap pemimpin kerajaan sekarang sanggup gadai maruah negara dan bangsa demi projek pembangunan. Hal ini tidak berlaku semasa negara membina KLIA, Putrajaya, ERL, LRT, Litar F1, West Port, Menara Berkembar Petronas dan lain-lain projek mega negara sebelum ini.
Di manakan jati diri pemimpin-pemimpin negara sekarang.???
Sekian.
Syed Hassan Syed Ali
SU Agung Perkasa
✍ Sumber Pautan : ☕ steadyaku47
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hIJbMa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment