Hi! Welcome Back and Stay Tune! ⁠⁠⁠⁠⁠Guan Eng Usah Menyibuk Hal Tuan Ibrahim, Selesai Dululah Kes Rasuah Di Mahkamah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

⁠⁠⁠⁠⁠Guan Eng Usah Menyibuk Hal Tuan Ibrahim, Selesai Dululah Kes Rasuah Di Mahkamah





Apabila PAS bertemu CEO 1MDB, Arul Kanda dan berpuas hati dengan segala penerangan yang diberikan, DAP pula tiba-tiba naik angin tidak tentu arah.

DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, cuba mempersenda PAS kerana telah memperoleh fakta yang sebenar mengenai skandal 1MDB yang direka cerita.

Tindak tanduk Guan Eng seolah-olah dia sahaja yang pandai dan betul. Walhal dia sendiri tidak berani untuk bertemu Arul Kanda bagi mendapatkan fakta yang sebenar.

Lihat sahaja suatu ketika dahulu Ketua Publisiti DAP Tony Pua yang lari bagai "ayam daging" apabila dicabar Arul Kanda untuk berdebat. Malah, Rafizi Ramli juga tidak mahu berdepan dengan CEO 1MDB tersebut.

30 Mei 2017, Tuan Ibrahim menyanggah teguran Yang Dipertua PAS Gombak Salehhuddin Nasir yang mengecam tindakan Guan Eng dan Kit Siang berbuka puasa dengan orang Islam.

Tuan Ibrahim berkata PAS merupakan gerakan dakwah dan perlu mendekatkan masyarakat bukan Islam (DAP) “walau mereka tidak menerima Islam sebagai agama”.

Hari ini terbukti dakwah Tuan Ibrahim dan PAS terhadap DAP adalah tidak berjaya. Malah Guan Eng pula yang menegur Tuan Ibrahim berhubung pemahamannya terhadap 1MDB.

Satu ketika Tuan Ibrahim juga lantang mengenai 1MDB, mempertikai banyak perkara namun bila Tuan Ibrahim sendiri berjumpa dengan Arul Kanda, pendirian Tuan Ibrahim berubah sama sekali.

Yang masih tidak berubah adalah DAP yang tidak mahu menerima kebenaran seperti Tony Pua dan Guan Eng. Memang DAP dengki mereka yang menemui jalan kebenaran mengenai 1MDB.

Sama nasib yang berlaku kepada Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi DAP. Bila Seng Giaw faham mengenai 1MDB, DAP mula sisihkan Seng Giaw. Ini kerana DAP mahu jadikan 1MDB sebagai alasan sahaja untuk tujuan politik mereka.

Sebenarnya, Guan Eng kena bersihkan diri sendiri dulu dari kes rasuah. Dua tuduhan rasuah di mahkamah masih ada, kenapa hendak lengah lengahkan kes itu lagi?

Apa yang Guan Eng lakukan hanyalah menangguh kes rasuah dirinya di mahkamah. Orang yang tidak bersalah tidak akan tangguh kesnya di mahkamah.

Hanya orang bersalah sahaja suka tangguh kes sebab takut masuk penjara. Tangguh ini
merupakan strategi peliwat seperti Anwar Ibrahim sahaja, yang turut berulang kali menangguh kesnya di mahkamah sehingga 6 tahun lamanya. Akhirnya masuk lokap juga.

Tidak guna beriya-iya berwayang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), tapi Guan Eng tidak berani berhadapan dengan kesnya sendiri di kandang perbicaraan.

Bak pepatah Melayu 'berani kerana benar, takut kerana salah', Guan Eng tidak perlu melarikan diri sekiranya dia tidak bersalah melakukan rasuah dan salah guna kuasa.

Guan Eng harus menjadi jantan dengan menghadapi sendiri pertuduhan kes rasuah dirinya itu tanpa sebarang usaha untuk mengelak diri. Tak usah "divert" isu rasuah dengan serang Tuan Ibrahim, selesai dululah kes rasuah.

Mahkamah di London pun sudah mengesahkan bahawa tuduhan Sarawak Report adalah fitnah semata mata. Malah Claire Brown pun sedang terkial kial mencari bukti tuduhannya bahawa Malaysia mengamalkan rasuah.

Oleh itu, Guan Eng dan DAP tidak perlu menyibuk hal Tuan ibrahim dan 1MDB lagi. Tolonglah Claire Brown buktikan tuduhan itu atau bersihkan dulu diri sendiri dari tuduhan rasuah di mahkamah.


Tulisan :
Beruang Biru
BB531, Rabu
9 Ogos 2017

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uF4lfe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.