Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dah Minta Izin Sebelum Pegang, Peluk Nabila – Ungku Ismail - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dah Minta Izin Sebelum Pegang, Peluk Nabila – Ungku Ismail

Pelakon Ungku Ismail menjelaskan dia sudah meminta izin dengan suami Nabila Huda sebelum melakukan adegan bersentuhan dengan aktres itu dalam drama terbaharu Dendam Aurora.

Menurut aktor berusia 32 tahun itu, dia terpaksa mengenepikan seketika prinsipnya tidak mahu bersentuhan dengan bukan mahran kerana tuntutan wataknya dan skrip karya yang diadaptasi dari Itali itu.

“Saya sudah minta izin dengan suami Nabila dan dia faham tugas kami sebagai pelakon”.

“Selama ini memang saya elakkan adegan peluk dan bersentuhan kerana bagi saya tidak perlu pun bersentuhan kerana cukup sekadar menunjukkan kemesraan.

“Tapi untuk drama Dendam Aurora ini berbeza kerana ia susah sedikit dan ketika mendapat skrip, saya tahu ia perlu adegan yang intim. Jadi terpaksa jugalah, jika tidak, jalan cerita akan lari daripada cerita asalnya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama tersebut, kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, apa yang dilakonkan itu ada batasannya bersesuai untuk tontonan umum dan masih menitikberatkan sensitivi masyarakat negara ini.

“Sebagai orang Islam, saya tahu batas-batasnya. Dalam drama ini saya membawak watak seorang yang liberal. Tambahan jalan drama ini memerlukan adegan bersentuhan. Boleh kalau hendak olah semula skrip tetapi dalam keadaan kesuntukan masa, semua itu tidak dapat dilakukan,” jelasnya lagi

Namun tegas pelakon yang pernah popular dengan drama Teman Lelaki Upahan ini, dia akan terus mengekalkan prinsip tersebut jika dia sendiri yang mengarahkan dramanya.

“Sebelum ini saya arahkan drama bertajuk Duit Kahwin, dan dalam drama itu tidak ada adegan bersentuhan. Tetapi kalau saya berlakon dibawah arahan pengarah lain dan ada babak sebegitu dan ia perlu untuk jalan cerita itu, saya akan lakukan

Dendam Aurora diadaptasi daripada telenovela Tuscan Passion ini diarahkan oleh Feroz Kader dan Riza Baharudin.

Drama 100 episod ini turut dilakonkan oleh barisan artis seperti Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Datuk Eizlan Yusof, Fezrul Khan dan Dian P Ramlee.

Dendam Aurora akan mula bersiaran pada Isnin hingga Jumaat bermula 25 Julai ini pada pukul 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.

The post Dah Minta Izin Sebelum Pegang, Peluk Nabila – Ungku Ismail appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2unYD2h

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.