Jejaka Melayu Hampir Buat Elizabeth Tan Bunuh Diri
Kecewa akibat cintanya dengan seorang jejaka Melayu putus di tengah jalan, Elizabeth Tan pernah terfikir untuk mengambil jalan pintas menamatkan riwayat hidupnya sendiri.
Sambil menahan sebak menceritakan detik hitam berkenaan, penyanyi lagu Tabah itu mengakui pernah mengalami kemurungan selama tiga tahun dan ia menjadi bertambah buruk selepas cintanya tidak kesampaian.
Namun, menurut Elizabeth yang lebih mesra dengan panggilan Lizzy, dia berasa bertuah kerana dikelilingi ramai insan yang masih menyayanginya.
Merekalah yang banyak memberikan dorongan dan nasihat agar dia tidak bertindak mengikut perasaan semata-semata lapor Malaysia Kini.
“Banyak nasihat diberikan terutama daripada kalangan rakan industri yang juga Muslim agar meneruskan kehidupan walau apa jua masalah dihadapi.
“Lizzy menerima nasihat daripada mereka yang meminta mengisi kekosongan jiwa dengan percaya kepada Tuhan. Semua masalah berpunca kerana Lizzy yakin pada ketika itu tidak mempunyai tujuan hidup,” katanya.
Justeru Lizzy atau nama asalnya Elizabeth Tan Su Mei, 23, berazam tidak lagi mahu melakukan tindakan bodoh walau seburuk mana fasa kemurungan dialaminya.
“Lizzy tidak akan buat perkara bodoh lagi. Fasa buruk dialami mengajar Lizzy untuk mengutamakan mana yang lebih penting iaitu utamakan nilai diri sebagai seorang wanita.
"Lizzy terbuka untuk berbicara hal ini kerana tahu begitu ramai di luar sana turut mengalami isu sebegini tetapi tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa,” katanya.
Lizzy juga bersyukur kerana dikurniakan ibu yang begitu memahami serta memberi sokongan tidak putus-putus walaupun sebelum ini pernah dilaporkan membelakangkan keluarganya demi mengejar cinta lelaki itu.
Gembira kembangkan bakat
Lizzy ditemui pada majlis pelancaran single terbarunya berjudul Darling di Kota Damansara, Kuala Lumpur semalam. Single itu digunakan untuk runut bunyi My Darling Inspektor Daniel, drama 20 episod yang dibintangi Elizabeth.
Bercakap mengenai perjalanannya sebagai anak seni, Lizzy berkata, dia ingin memperlahankan kariernya dalam bidang nyanyian kerana ingin memberi fokus terhadap lakonan.
Katanya, sejak kecil memang impiannya untuk bergelar sebagai pelakon berkaliber, manakala bidang nyanyian pula hanya sebagai batu loncatan untuknya menapak dalam industri.
“Lizzy tidak begitu gemar mendengar suara sendiri, dan rasanya tidak mahu menyanyi lagi, tengok dulu macam mana.
“Kebetulan pula Lizzy banyak dapat tawaran berlakon tahun ini dan gembira dapat mengembangkan bakat dalam bidang yang sudah lama diimpikan,” katanya.
Sumber Jejaka Melayu Hampir Buat Elizabeth Tan Bunuh Diri
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vlEWJH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment