Shaheizy Sam tak tahu dapat notis bankrap? Apa cerita ni?
SHAHEIZY Sam bankrap? Apa cerita pula ni?
Satu notis kebankrapan telah dikeluarkan terhadap Sam melalui Perintah Mahkamah oleh Kerajaan Malaysia di alamat penyerahan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Cawangan Wangsa Maju, Unit Undang-Undang, telah mencetuskan tanda tanya sejak semalam yang menamakan aktor tersebut sebagai yang berkenaan.
Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah pelakon Polis Evo itu sendiri tidak tahu menahu mengenai notis tersebut!
“I’m not aware of this. No one from LHDN came to me and no notice from them and my tax agent. (Saya tidak tahu tentang perkara ini. Tiada siapa daripada LHDN yang datang dan tiada notis daripada mereka atau agen percukaian saya),” katanya berhubung notis kebankrapan yang dikeluarkan terhadapnya 26 Mei lalu.
Namun kata Sam, dia akan mendapatkan penjelasan dari agen cukainya untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
Ini kerana menurut Sam, dia tidak pernah menerima sebarang notis daripada pihak LHDN.
“Even my tax agent naik turun LHDN these past few months (Malah agen cukai saya naik turun LHDN beberapa bulan kebelakangan ini),” katanya.
“Yes. In fact the person from LHDN came to my house last two weeks and hand me over a CP 500 letter and still takde mention all this (Ya. Bahkan orang daripada LHDN telah datang ke rumah saya dua minggu lepas dan memberi saya notis anggaran bayaran tahunan dan masih tidak menyebut tentang hal ini),” katanya lagi, menurut laporan Astro Awani.
Kata Sam lagi, dia sedang menghubungi pihak LHDN untuk mendapatkan penjelasan tentang hal ini.
Perintah Mahkamah tersebut disampaikan secara penyampaian ganti dengan salinan Notis Kebankrapan beserta dengan salinan Perintah Mahkamah tersebut di Papan Notis Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor di alamat terakhir penghutang penghakiman iaitu M-11 Mahogany Villas, Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.
Sebuah iklan di sebuah akhbar berbahasa Malaysia jelas menterterakan nama penuh Sam iaitu Shaheizy Sam Bin Abd Samad beserta tempoh tindakan yang perlu dipatuhi olehnya.
Notis itu turut menyebut hebahan itu boleh diperiksa oleh Sam dengan permohonan yang dibuat kepada pihak Mahkamah Tinggi.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Shaheizy Sam tak tahu dapat notis bankrap? Apa cerita ni?
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2up6P6q
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment