Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video: Pelajar perempuan terkena histeria cuba terjun dari tangki air sekolah setinggi 18 meter - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video: Pelajar perempuan terkena histeria cuba terjun dari tangki air sekolah setinggi 18 meter

Video: Pelajar perempuan terkena histeria cuba terjun dari tangki air sekolah setinggi 18 meter

Video: Pelajar perempuan terkena histeria cuba terjun dari tangki air sekolah setinggi 18 meter

Seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah di Bagan Serai dilaporkan cuba terjun dari sebuah tangki air di sebuah sekolah selepas dipercayai diserang histeria, lapor Sinar Harian.

Menurut sumber, kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.45 pagi tadi telah disedari oleh warga sekolah selepas terlihat pelajar tingkatan empat itu berada di tangki air yang berketinggian lebih 18 meter.

Pelajar tersebut dilihat cuba sedang meniti bahagian penghadang jalan di keliling tangki air itu menyebabkan warga sekolah cemas melihat aksinya.

Anggota Bomba dan Penyelamat Bagan Serai yang dihubungai telah bergegas ke tempat kejadian kira-kira jam 10.55 pagi cuba untuk memujuk mangsa untuk turun, namun gagal.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, ketika anggota tiba di lokasi, mangsa dilihat berada dalam keadaan histeria dan meniti di bahagian pengadang jalan tangki air terbabit.

 

 


“Apabila mangsa cuba untuk turun pada tangki air itu, anggota terus menerpa menangkap mangsa.


“Mangsa kemudiannya terus dibawa turun dan diserahkan pada pihak sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Berdasarkan sumber yang diperolehi, masalah histeria di sekolah ini sering berulang-ulang, mangsa telah pun diserang histeria semalam tetapi masalah itu berulang pada hari ini.

Ada netizen yang berasal dari sekolah ini mengaitkan sebuah banglo lama digelar ‘banglo Marina’ yang berada di sebelah sebagai punca kejadian histeria selalu terjadi di sekolah berkenaan.

Via: SK



Sumber Video: Pelajar perempuan terkena histeria cuba terjun dari tangki air sekolah setinggi 18 meter

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wI5ioE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.