Hi! Welcome Back and Stay Tune! FAM Bakal Tambah Kuota Pemain Import - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FAM Bakal Tambah Kuota Pemain Import


KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yakin cadangan untuk menambah kuota lima pemain import tahun depan akan dapat meningkatkan nilai Liga Malaysia (Liga-M) sekali gus mengukuhkan kewangan pasukan dan kelab yang bertanding.

Ketika ini, FAM menetapkan peraturan pemain import berdasarkan kuota 3+1 (Asia).

Bagaimanapun Tunku Ismail berpendapat sudah tiba masanya perubahan dibuat FAM dengan menambah satu lagi kuota pemain import dari rantau Asia Tenggara.

"Saya cadangkan agar kuota pemain import ditambah. Bagi saya 3 tambah 1 pemain Asia dan 1 pemain Asia Tenggara boleh meningkatkan nilai liga kita, menarik lebih ramai penonton serta akan membantu kewangan pasukan yang bertanding.

"Saya bagi contoh Andik Vermansyah yang bermain dengan Selangor, ramai peminat Indonesia yang mengikuti pasukan Selangor.

"Kalau ada pemain import dari Thailand, Filipina, Laos, Myanmar dan Singapura, ia akan menarik lebih ramai penonton serta meningkatkan nilai liga tempatan," katanya dalam sesi forum Face Off bersama Presiden FAM.

Bagaimanapun ada pihak kurang senang dengan cadangan penambahan pemain import itu memandangkan isu pembayaran gaji tertunggak masih berlaku serta kebimbangan lebih ramai pemain tempatan tidak mendapat tempat dalam skuad utama.

Malah jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada dalam Arena Metro sebelum ini melaporkan bahawa beliau menganggap kuota pemain import dalam Liga Super perlu dikekalkan manakala kuota pemain import bagi Liga Perdana perlu dikurangkan.

Bagaimanapun Tunku Ismail berkata, pemain tempatan perlu mendapat tempat dalam pasukan atas dasar merit bukan kerana status sebagai pemain tempatan.

"Sampai bila kita nak buai macam budak-budak (pemain tempatan). Pemain tempatan kita tak boleh berasa selesa, mereka kena bersaing merebut tempat. Memang keutamaan kita kepada pemain tempatan tapi adalah lebih baik mereka bermain dengan pemain berkualiti.

"Untuk pasukan pula, berbelanja mengikut kemampuan, kalau ada kuota lima pemain import, kalau tak mampu, beli tiga saja pemain import kerana ia bukan wajib. Tapi ini pandangan saya saja, mungkin anda semua ada pandangan berbeza," katanya yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).

Tunku Ismail turut menepis dakwaan bahawa beliau bersikap mementingkan diri sendiri dengan hanya memikirkan kepentingan kelab JDT apabila menyokong idea penambahan pemain import.

"Kalau saya pentingkan diri sendiri, saya tidak akan berbincang dengan ASTRO untuk minta beri RM5 juta kepada setiap pasukan. Ini menunjukkan saya ingin menolong pasukan dan kelab lain," jelasnya. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uovKqE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.