Bayi Perempuan Berusia 11 Bulan Mengalami Lebam Di Seluruh Badan Dan Patah Tangan Disyaki Di Dera Oleh Ahli Keluarga Sendiri..
| Gambar sekadar hiasan |
LUNDU, SARAWAK - Seorang kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan parah di seluruh badannya, disyaki didera oleh keluarganya sendiri, lapor Kosmo.
Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintendan Wong Chee Keong berkata, kanak-kanak perempuan berusia setahun 11 bulan itu mengalami lebam di muka, badan, kaki dan tangan.
Mangsa yang dalam keadaan cedera parah dibawa ke Hospital Lundu oleh keluarganya sendiri kira-kira jam 7.30 petang semalam.
Hasil pemeriksaan, pihak hospital mengesyaki kecederaan di badan mangsa mempunyai unsur-unsur penderaan. Imbasan x-ray juga mendapati, mangsa mengalami patah tulang lengan dan tangan kanannya sebelum membuat laporan polis berhubung keadaan mangsa.
Mangsa kini sedang dirawat di Unit Ortopedik, Hospital mum Sarawak (HUS).
Susulan kejadian itu, polis telah menahan seorang ahli keluarga terdekat mangsa. Suspek yang berusia 18 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vffU0p
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment