Dr Jerip Mohon Maaf Kepada Gabenor Kalbar
KUCHING: Atas rasa bertanggungjawab sebagai pemimpin serta rakyat Malaysia, Menteri Muda Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil menyampaikan permohonan maaf berkaitan insiden bendera terbalik pada Sukan SEA, kepada Gabenor Kalimantan Barat (Kalbar) Dr Cornelis M.H.
Dr Jerip menyampaikan permohonan maaf tersebut pada pertemuan dengan Cornelis di Pendopo pada Selasa, lapor Pontianak Post.
Dalam pertemuan tidak rasmi tersebut, Dr Jerip menyifatkan insiden yang melibatkan bendera Indonesia pada buku cenderamata ketika pembukaan rasmi Sukan SEA hari Sabtu lepas, bukanlah suatu yang disengajakan.
Sementara itu, Pontianak Post turut melapor Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) melahirkan bantahan terhadap Malaysia terkait insiden tersebut.
Akbar itu memetik kenyataan seorang anggota DPRD yang menyifatkan, hal itu sebagai menunjukkan sikap biadap Malaysia dan menghina negara Indonesia.
Bagaimanapun Presiden Indonesia pada Isnin menganggap isu tersebut sudah selesai berikutan pemohonan maaf secara rasmi dari kerajaan Malaysia.
Jokowi meminta agar isu tersebut tidak dibesar-besarkan dengan reaksi yang berlebihan. – Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xbmQdF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment