Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dulu Melaka United, Sekarang Mahu Tukar Kepada Melaka City Pula - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dulu Melaka United, Sekarang Mahu Tukar Kepada Melaka City Pula


MELAKA: Selepas Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA) ditukar kepada Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) pada 2013, pengurusan skuad itu sekali lagi bercadang menjenama badan bola sepak berkenaan buat kali kedua tidak lama lagi.

Jika semua berjalan lancar, kali ini MUSA akan dikenali sebagai Persatuan Bolasepak Melaka City (MCFC) yang bersaing dalam Liga Malaysia.

Timbalan Presiden MUSA, Datuk Yusoff Mahadi (gambar) berkata, pendekatan itu antara usaha positif menyemarakkan sokongan peminat, sekali gus mendorong kepada perubahan yang lebih agresif.

Menurutnya, Melaka City lebih menggambarkan kedudukan bandar raya itu di mata dunia berbanding Melaka United (MU) walaupun ia juga di bandar raya yang sama.

“Jika Melaka City ia lebih menjurus kepada lokasi atau venue bandar raya berkenaan sementara MU tiada posisi khas pada pandangan umum, walaupun perkataan Melaka pada bahagian depan persatuan terbabit.

“Bagaimanapun, ia satu cadangan dan perancangan terkini yang cuba dilakukan MUSA untuk faedah dan kebaikan bersama dalam pengurusan bola sepak negeri,” katanya.

Beliau berkata, keputusan akhir hanya terletak di tangan presiden MUSA yang juga Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hE2Dtj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.