Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Pixel 2017 Tertiris – Apa Kata Anda? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Pixel 2017 Tertiris – Apa Kata Anda?

Beberapa minggu sebelum ini, kita telah melihat Pixel XL tertiris, dan memperlihatkan bagaimanakah telefon pintar seterusnya daripada Google akan kelihatan. Kini, hari ini, @evleaks berkongsi melalui VentureBeat untuk gambar Google Pixel 2017.

Untuk makluman, Google Pixel adalah peranti dengan skrin bersaiz sedikit kecil jikalau dibandingkan dengan Google Pixel XL.

Google Pixel 2017

Daripada gambar yang tertiris, ia dilihat Google tidak mefokuskan kepada penawaran beberapa ciri-ciri yang menjadi trend pada tahun ini. Sebagai contoh, ia menawarkan saiz bingkai yang sedikit tebal berbanding trend semasa yang menjadikannya lebih nipis. Disamping itu, tiada dwi-kamera pada peranti ini.

Seperti biasa, ini boleh dikatakan sebagai gambar tertiris awal untuk Pixel, dan masih terdapat kemungkinan Google membuat perubahan pada rekaan akhir. Tetapi, pada masa yang sama, mungkin juga syarikat gergasi internet berkenaan melihat kepada penawaran Pixel ini pada harga yang lebih rendah, sekaligus menggunakan rekaan seperti ini.

Bagi anda sendiri, apakah pendapat anda mengenai rekaan tertiris ini?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vq6u37

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.