Hi! Welcome Back and Stay Tune! HINA DAP, MENTERI ARAH ‘MALAY REGIMENT’ POTONG ‘DAP165’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HINA DAP, MENTERI ARAH ‘MALAY REGIMENT’ POTONG ‘DAP165’

PETALING JAYA – Adegan yang dikatakan menghina DAP dalam filem Malay Regiment yang bakal ditayang pada 31 Ogos ini, diarah supaya dipotong.

Paparan nombor pendaftaran DAP165 seakan-akan perkataan ‘DAPIGS’ yang kerap dikaitkan untuk menghina DAP di internet, lapor MalaysiaKini.

Menteri komunikasi dan multimedia dimaklumkan perkara itu pagi ini dan meminta semua pembikin filem supaya lebih sensitif dan tidak berlebih-lebihan.

“Sewaktu semak trailer itu, saya dapati babak itu tidak sesuai dan minta ia dikeluarkannya,” kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau merujuk adegan tersebut pada minit 0:44 dalam trailer filem itu di Youtube.

Portal itu turut melaporkan, pengarah filem tersebut akur dengan arahan menteri dan menafikan karya berkenaan cuba memaparkan sentimen anti-DAP.

“Bagi saya falsafah filem itu boleh ditafsirkan dalam berbagai-bagai makna. Kita tunjukkan insiden itu berlaku pada 1976 dan kisah dahulu jadi pengajaran kita hari ini,” kata Datuk Jurey Latiff Rosli.

Malay Regiment memaparkan kisah benar membabitkan 11 askar tanah air terkorban pada tahun 1976 apabila helikopter mereka ditembak jatuh oleh komunis.

– http://ift.tt/1aoZXzE

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uAyV9P

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.