Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Kata Doktor Gigi Tentang Teeth Aligner - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Kata Doktor Gigi Tentang Teeth Aligner

Soalan:
Salam doktor. Boleh ulas tentang ‘teeth aligner’ atau ‘teeth trainer’? Saya tengok ia banyak dijual di Instagram dan Facebook. Saya jadi tertarik untuk mencuba. Harganya pun murah. Adakah ia benar-benar berkesan?

Jawapan:

PENGENALAN

Aplians ini digunakan untuk memastikan susunan gigi menjadi teratur ketika dalam peringkat pertumbuhan gigi.

Mayofunctional Research Co (MRC) yang berpangkalan di Australia antara pengeluar terbesar alat ini sejak lebih 20 tahun yang lalu.

Mereka mencipta pelbagai jenis aplians dan setiap aplians adalah berbeza mengikut umur dan peringkat pertumbuhan gigi seperti gigi susu, gigi bercampur (gigi susu dan gigi kekal – mixed dentition) dan di peringkat awal gigi kekal.

Setiap aplians juga digunakan secara berperingkat /fasa, contohnya Trainer System (^TM) ada 2 fasa dan Myobrace (^TM) ada 3 fasa. Sama ada perlu melalui kesemua fasa ini akan ditentukan oleh doktor gigi yang terlatih menggunakan produk ini.

APA MASALAH TEETH ALIGNER YANG DIJUAL ONLINE?

1. Tidak dinafikan produk ini memang banyak dijual di atas talian termasuklah Amazon dan Ebay.

2. LABEL – Terdapat label De sa Dental USA menggambarkan alat ini datangnya daripada Amerika Syarikat. Jika anda buat carian di Google, tidak ada entiti ini. Label ini juga hanya akan membawa anda kepada produk ini sahaja di dalam jualan-jualan online. Jadi, De sa Dental USA ini apa?

3. BELI BORONG – Produk ini juga dibeli secara bundle sebelum dijual kepada orang awam. Dari mana mereka mendapatkan bekalan ini? Online jugakah atau ada syarikat yang menawarkan pembelian secara borong?

4. HARGA – harga yang ditawarkan untuk satu aplians ini hanya RM30. Sedangkan jika anda masuk ke laman web MRC ini, di dalam segmen soal jawab (FAQs), harganya adalah lebih kurang sama dengan braces, bergantung kepada rawatan yang diperlukan.

Daripada bahan apa barangan ini diperbuat dengan harga begitu? Dengan harga serendah ini, adakah produk ini benar-benar memberikan kesan yang baik kepada susunan gigi?

5. SIAPA YANG BOLEH GUNA ALAT INI? – Seperti yang dinyatakan, aplians ini ada dalam pelbagai jenis dan berbeza mengikut peringkat pertumbuhan gigi. Ada untuk seawal gigi kekal pertama tumbuh, sehinggalah ke peringkat remaja.

Memang ada Trainer for Adult (T4A) – jika ditafsirkan ke dalam Bahasa Melayu ia membawa makna untuk orang dewasa. Rupa dan bentuk T4A ini sama seperti yang dijual online. Tetapi yang dimaksudkan ialah untuk pesakit berumur 12 hingga 15 tahun, di mana waktu itu kebanyakan remaja sudah tumbuh kesemua gigi kekal (tidak termasuk gigi bongsu).

Bagi pesakit yang berumur 15 tahun ke atas, MRC ada menyatakan rawatan menggunakan aplians ini agak sukar. Ini kerana tabiat yang menyebabkan susunan gigi menjadi tidak teratur seperti bernafas melalui mulut sukar untuk diubah.

6. KESAN – Setakat ini hanya ada testimoni daripada Whatsapp/Telegram sahaja tentang keberkesanan penggunaan alat ini yang dijual atas talian.

Screenshot seperti “baru pakai seminggu, gigi sudah bergerak sikit” dan “rasa macam ada perubahan” digunakan sebagai asas untuk menunjukkan kesan baik penggunaan aplians ini. Selepas itu tidak ada pula ditunjukkan apakah kesan akhir menggunakan produk ini sama ada menjadi semakin teratur susunan gigi atau semakin teruk.

JIka benar ada orang yang berjaya mencantikkan giginya menggunakan produk ini yang dibeli secara online, tunjukkan mukanya dan bagitahu siapa namanya. Sekadar tunjuk susunan gigi yang cantik, nampak sangat membohong. Entah dari mulut orang yang sama atau tidak.

7. PEMERIKSAAN DAN SELIAAN – MRC sendiri bukan terus mencadangkan penggunaan aplians ini seolah-olah boleh beli di kedai-kedai. Sebaliknya perlu menjalani penyiasatan radiograf dan dinilai oleh doktor gigi terlebih dahulu untuk merancang apakah rawatan yang diperlukan.

Selepas memakai aplians ini, perlu ada temujanji susulan untuk melihat sebarang perubahan.

Ada pesakit yang perlu memakai dua atau lebih aplians bergantung kepada penilaian doktor gigi. Selepas selesai satu peringkat, adakah perlu memakai aplians lain, juga bergantung kepada penilaian akhir doktor gigi.

JIka pembeli sekadar membeli online, siapa yang akan menyelia perubahan dan perkembangan gigi anda? Sekadar rasa ada perubahan cukupkah?

8. BUKAN UNTUK ORANG DEWASA – Alat ini digunakan ketika gigi-gigi sedang tumbuh keluar. Gigi akan tumbuh keluar ke posisi yang dikehendaki apabila memakai produk ini. Sebagai orang dewasa, gigi semua sudah tumbuh keluar dan tidak bergerak lagi, bagaimana alat ini membantu membetulkan semula susunan gigi?

Sedangkan pengeluar sendiri tidak cadangkan penggunaannya
untuk mereka yang berusia lebih 15 tahun, bagaimana penjual online ini boleh claim produk yang mereka jual boleh digunakan untuk orang dewasa? Asas dan pembuktian dari mana?

KESIMPULAN

Masih belum terlambat untuk anda membatalkan niat membeli produk ini. Membeli-belah secara online tidak salah tetapi elakkan daripada membeli barangan yang boleh memudaratkan anda seperti ‘teeth aligner’ ini.

Konsultasi di klinik gigi kerajaan hanya RM1 dan anda bebas untuk bertanyakan sebarang soalan berkaitan gigi anda.

Anda diperiksa oleh professional dan bertauliah,
bukan penjual online yang hanya mengaut keuntungan mudah.
RM30 memang nampak murah, tapi tidak untuk membahayakan diri anda. Semoga bermanfaat.

Rujukan:
1. https://myoresearch.com
2. https://myobrace.com
3. http://ift.tt/2vxDWUG(Effect of Preorthodontic Trainer in Mixed Dentition)

Iqbal Rosali


Sumber Ini Kata Doktor Gigi Tentang Teeth Aligner

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wswdEV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.