Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kim Arah Bina Lebih Banyak ICBM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kim Arah Bina Lebih Banyak ICBM



SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengarahkan pembinaan lebih banyak muncung enjin roket peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), kata media rasmi Pyongyang hari ini.

Ketegangan berikutan program senjata nuklear utara memuncak tahun ini selepas ia melancarkan dua ujian ICBM bulan lalu yang dipantau Jong-un sekali gus meletakkan sebahagian besar Amerika Syarikat dalam jarak serangan.

Ia disusuli siri ancaman dari kedua-dua belah pihak.

Ketika retorik itu berterusan, Amerika Syarikat dan Korea Selatan minggu ini memulakan latihan tentera tahunan, Ulchi Freedom Guardian, yang sering dikecam Korea Utara sebagai latihan untuk pencerobohan.

Korea Utara sebelum ini mengancam untuk melancarkan serangan peluru berpandu ke wilayah AS di Guam, namun masih tidak meneruskan rancangan itu.

Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson semalam menambah momentum kepada konflik yang semakin reda, apabila memuji Korea Utara yang menunjukkan 'kepatuhan' dengan tidak menjalankan ujian nuklear sejak sekatan baharu PBB dikenakan.

Beliau juga berharap ia adalah tanda kesediaan Pyongyang untuk menyertai rundingan damai dan peletakan senjata dengan Washington dalam masa terdekat ini. - AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v3XAJg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.