Lenovo Akan Menggunakan Antaramuka Android Asli Pada Semua Peranti Akan Datang
Lenovo sebelum ini sedia mengatakan mereka hanya akan memfokuskan kepada peranti jenama Motorola sahaja untuk pasaran tempatan – yang mana hadirnya dengan antaramuka asli Android tanpa sebarang penambahan drastik.
Kini, langkah sama turut dilihat akan dilakukan oleh Lenovo pad semua peranti akan datang mereka. Lenovo walaupun hanya memfokuskan peranti keluarga Moto di Malaysia, tetapi pada peringkat global, mereka masih mempunyai beberapa penawaran telefon pintar lain, termasuk K8 Note yang akan datang.
Untuknya, bermula daripada peranti berkenaan, Lenovo akan menggunakan antaramuka asli Android tanpa penambahan. Sebelum ini, Lenovo mempunyai penawaran antaramuka tersendiri dinamakan Vibe UI – tetapi dilihat telah dimatikan oleh Lenovo.
Dengan penggunaan antaramuka asli, ia akan memudahkan lagi proses kemaskini, selain menjadikan antaramuka lebih selari dengan penggunaan pelbagai aplikasi dipasaran.
Bagi anda sendiri, adakah anda menyukai antaramuka asli Android, atau lebih mengemarkan antaramuka yang diubah-suai daripada pengeluar peranti?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wszmEA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment