Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Perlu Pemimpin Muda Teruskan Legasi Merdeka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Perlu Pemimpin Muda Teruskan Legasi Merdeka

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan lebih ramai pemimpin muda yang mampu mengemudikan negara dengan cara yang lebih segar dan seiring dengan peredaran semasa.

Bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar berkata Malaysia boleh mengambil contoh pendekatan yang dibuat di luar negara yang menyaksikan banyak pemimpin muda dilahirkan untuk memimpin negara masing-masing hingga mampu maju dan berjaya.

“Mengambil contoh pemimpin muda seperti Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, 46, dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, 40, mereka berjaya memimpin negara mereka dengan cara tersendiri,” katanya kepada pemberita selepas program ‘Legasi Merdeka dan Pembinaan Negara Bangsa’ di Wisma Bernama di sini, hari ini.

Syed Hamid berkata melalui gabungan pemimpin yang berpengalaman dan pemimpin muda ini, sudah pasti negara akan memiliki adunan kepimpinan yang baik dan lebih yakin bagi meneruskan dan mengekalkan kemerdekaan negara.

“Apabila kita adunkan elemen seperti pengalaman, kebijaksanaan, dan tenaga, kesemua itu adalah perkara yang amat baik sekali untuk kita kekalkan kemerdekaan kita,” katanya.

Mengulas mengenai kecenderungan generasi muda terhadap media sosial sebagai sumber maklumat, beliau berkata golongan muda ini perlu dididik dan diberitahu perkara sebenar yang sedang berlaku bagi mengelakkan mereka salah faham.

“Kita harus memuaskan kehendak masyarakat baharu…ketelusan, kepertanggungjawaban, urus tadbir baik, mereka (golongan muda) tidak suka pada rasuah, kita perlu memberitahu mereka sebenarnya ,” katanya.

Bagi meneruskan legasi 60 tahun merdeka dan pembinaan negara bangsa, Syed Hamid berkata ia bukan satu perkara yang mudah kerana negara telah menempuh pelbagai peristiwa, cabaran dan rintangan selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Dalam perkembangan lain, bekas Menteri Luar itu berharap media sosial tidak memperbesarkan isu berhubung kesilapan mencetak bendera negara Indonesa secara terbalik di dalam buku rasmi cenderamata pada pembukaan Sukan SEA ke-29.

“Seharusnya kita tidak perlu perbesarkan perkara berkenaan. Isu ini telah selesai, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah menyatakan permohonan maaf secara terbuka beberapa hari lalu.

“Saya harap Indonesia akan terimanya secara baik, bukan ada niat tertentu berbuat demikian…kita anggap Indonesia adalah negara jiran yang akrab dengan Malaysia, negara ASEAN yang penting dalam menjalinkan hubungan dua hala,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wkLXgN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.