Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar dibenar bawa peranti kecuali telefon bimbit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar dibenar bawa peranti kecuali telefon bimbit



GENTING HIGHLANDS: Kementerian Pendidikan bakal membenarkan pelajar sekolah di seluruh negara menggunakan alat peranti kecuali telefon bimbit di sekolah, bermula awal tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata keputusan membenarkan penggunaan peranti secara terkawal di sekolah itu kini dalam peringkat akhir perbincangan termasuk penetapan garis panduan dan pengeluaran pekeliling.

Bagaimanapun katanya, telefon bimbit dikecualikan daripada kebenaran penggunaan alat peranti di sekolah kerana ia dilihat mampu mengganggu dan menjejaskan tumpuan pelajar di dalam kelas.

"Melihat kepada gelombang teknologi masa kini, kebanyakan negara maju sudah lama membenarkan penggunaan alat peranti di sekolah bagi memudahkan sesi pembelajaran dalam kelas.

"Apapun kementerian masih meneliti kaedah terbaik dalam mengawal penggunaan alat peranti termasuk hanya dikhaskan untuk masa dan subjek tertentu," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-24 di Institut Aminuddin Baki, di sini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Sri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.

Sebelum ini kementerian pernah bercadang membenarkan penggunaan alat peranti di sekolah bagi tujuan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam kelas mengikut masa dan subjek yang akan ditetapkan kementerian.-BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uBY6sx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.