Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesalah pertama Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dipenjara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesalah pertama Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dipenjara

Seorang pembantu kedai kek hari ini dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah melakukan kontak fizikal dengan memeluk dari belakang seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun, bulan lepas.

Seorang lelaki dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Putrajaya mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. — Paparan skrin Google

Hakim Yong Zarida Sazali memerintahkan Mohd Nazrin Rabuan, 21, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia tangkap pada 31 Julai lepas.

Tertuduh merupakan pesalah pertama di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 selepas akta itu dikuatkuasakan tahun ini.

Dia melakukan perbuatan itu di sebuah hotel, di Bandar Puteri Puchong, Puchong, antara jam 3 pagi hingga 5 pagi, pada 20 Julai lepas mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Menurut fakta kes mangsa mengenali kawan tertuduh melalui aplikasi “wechat” dan pada hari kejadian remaja perempuan itu telah mengikut kawannya dan tertuduh serta bermalam di hotel tersebut.

Pada jam 3 pagi, remaja itu menangis dan apabila dia minta dihantar pulang, tertuduh datang lalu memeluk mangsa dari belakang.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon maaf atas perbuatannya dan dia juga kesal atas kejadian itu.

Timbalan Pendakwa Raya Nordalina Ali bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhi hukuman yang setimpal. — Bernama

Sumber: Projek MMO



Sumber Pesalah pertama Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dipenjara

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v4Ugfi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.