Putera Alwaleed Labur RM3.4 Bilion Di Mesir
KAHERAH: Hartawan Arab Saudi Putera Alwaleed Talal bakal melabur lebih AS$800 juta (RM3.4 bilion) di sebuah hotel di Mesir, kata kementerian pelaburan, hari ini.
Pengumuman itu dibuat selepas parlimen menguatkuasakan undang-undang baharu untuk menarik pelabur luar ketika pihak berkuasa sedang berusaha menghidupkan semula ekonomi negara Afrika Utara itu.
Kementerian dalam satu kenyataan berkata, Alwaleed memberitahu Menteri Pelaburan Mesir Shar Nasr di resort Red Sea Sharm el-Sheikh beliau bakal melabur di beberapa lokasi hotel.
Kementerian berkata, pelaburan Arab Saudi termasuk resort Four Seasons di Sharm menjadikan ia resort terbesar di dunia di selatan Sinai.
Hotel baharu turut dibina di bandar Mediterranean El-Alamein dan di Madinaty timur Kaherah. - AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ujjNOJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment