Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Sayang Kat Kau Biarpun Tujuh Kaki Bawah’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Sayang Kat Kau Biarpun Tujuh Kaki Bawah’

Walaupun lebih empat bulan pemergian suami, namun perasaan rindu terus mencengkam jiwa wanita ini.

 

 

‘Sayang Kat Kau Biarpun Tujuh Kaki Bawah’

‘Sayang Kat Kau Biarpun Tujuh Kaki Bawah’

 

Benar jodoh, ajal dan maut itu semuanya di tangan Tuhan, tetapi kerinduan yang terus menebal membuatkan wanita ini tidak pernah jemu menziarahi kubur arwah suaminya. 

“Puas hati aku hari ni dua kali aku dating kat kubur. Punya panas cuaca hari ni, tapi aku tak peduli. Kalau boleh, aku bentang tikar pacak khemah tidur situ berhari-hari pun aku sanggup. 

“Dulu aku ada jasad yang aku boleh peluk cium, ada jasad yang aku boleh tenung setiap hari. Sekarang aku cuma mampu tenung gambar dan tanah kubur kau je abang,” demikian luahan Fatin Nur Affira Yusof di laman sosial Facebook pada awal pagi Isnin sambil memuat naik gambar dan video semasa menziarah kubur suami, Allahyarham Kapten Sazali Sakiran.

 

Menerusi video berdurasi 32 saat itu, Fatin menyampaikan mesej kepada teman-temannya dalam keadaan bergenang air mata.

Walaupun cuba mengukir senyuman dan berbicara dalam keadaan ceria, namun rasa kesedihan masih tidak dapat disembunyikan wanita ini.

Bagi Fatin, berpeluang mencium batu nisan di kubur arwah suaminya sudah cukup membahagiakan dan memberi ketenangan kepada dirinya.

“Dapat peluk cium batu nisan kau pun aku dah cukup seronok bahagia tau. Haih lah abang. Untung kau dapat bini macam aku. Steady sayang kat kau biarpun kau tujuh kaki kat bawah dah,” katanya.

Gambar kenangan Fatin bersama arwah suami.

Dalam kesempatan itu, Fatin turut bergambar swafoto di kubur di samping memberi penjelasan mengenai tindakannya itu.

“Siapa kata suami dah tak ada aku tak boleh ajak selfie (swafoto)? Kau ada laki pun kadang laki kau tak nak selfie dengan kau. Lagi untung jadi aku, laki aku tak refused (tolak) aku ajak selfie. Hahahaha!”.

Rata-rata netizen turut berkongsi rasa sayu di samping memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut supaya terus tabah dan mendoakan arwah suaminya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Siapa kita sebagai manusia mahu melawan takdir, tetapi bukan bermakna sebagai isteri, Fatin perlu mematikan perasaannya selepas pemergian insan tercinta.

“Kepada sang suami, aku sayang kau. Tak pernah berkurang walau seinci. Rindu ni tak pernah berkurang walau sesaat. Jenguk-jenguklah bini kau ni dalam mimpi ye,” katanya.

Sumber: Mstar



Sumber ‘Sayang Kat Kau Biarpun Tujuh Kaki Bawah’

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vGJr3R

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.