Selepas iftar gay, himpunan Ateis pula di Kuala Lumpur
Perjumpaan tahunan persatuan ateis atau lebih dikenali sebagai Atheist Republic telah berjaya dilaksanakan di ibu kota baru-baru ini.
Cawangan Malaysia pertubuhan ini dikenali sebagai ‘The Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur’ atau dalam Bahasa Melayunya ‘Kedutaan Republik Ateis di Kuala Lumpur’.
Keanggotaan pertubuhan ini tidak terbatas kepada mana-mana bangsa, dan syaratnya cuma satu, iaitu anda perlu yakin bahawa Tuhan tidak wujud.
Namun begitu, ramai ahli kumpulan ini terdiri dari kalangan orang Melayu yang menggelar diri mereka sebagai ‘bekas Muslim’ atau ‘ex-Muslim’.
Maklumat perjumpaan berkenaan lokasi dan waktu akan dikongsi bersama di dalam satu kumpulan tertutup di Facebook.
Pertubuhan ini telah diasaskan oleh seorang bernama Armin Navabi kelahiran Tehran, Iran. Semenjak kecil, pendedahan beliau kepada amalan agama adalah minimum kerana beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga Muslim liberal di mana kedua-dua ibu bapanya tidak mengamalkan Islam di dalam ibadah mahupun kehidupan harian serta tidak menunaikan solat.
Setelah beberapa ketika selepas gagal dalam percubaan membunuh diri ketika berusia 12 tahun, Armin semakin percaya bahawa Tuhan itu tidak wujud.
Bermula pada tahun 2011, Armin telah memulakan satu laman Facebook untuk para Ateis dari seluruh dunia. Sekarang gerakan ini telah berjaya menjejak mereka yang menolak kewujudan Tuhan dari serata dunia dan mempunyai lebih 1.6 juta pengikut di Facebook.
Sumber: Menara.my
Sumber Selepas iftar gay, himpunan Ateis pula di Kuala Lumpur
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ucrYkd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment