Syarikat Marijuana Mahu Wujudkan Bandar Ganja
CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Syarikat teknologi melibatkan marijuana, American Green Inc membeli sebuah bandar kecil di California dengan harga AS$5 juta (RM21.4 juta).
CNN mengatakan American Green berhasrat untuk membangunkan bandar Nipton yang terletak berhampiran Nevada sebagai bandar ganja.
American Green juga sudah menyiapkan pelan 18 bulan untuk penanaman dan produksi ganja secara rekreasi.
Di Nipton, terdapat 20 penduduk, sebuah hotel, sebuah kedai dan sebuah sekolah.
Punca pendapatan Nipton pula adalah perlombongan emas, perak dan pembiakan kuda.
Untuk pengetahuan umum, California membenarkan penggunaan ganja secara rekreasi sejak tahun lepas.
Penggunaan ganja secara rekreasi bagaimanapun masih diharamkan mengikut undang-undang persekutuan. - Sinar Harian
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fnWIYM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment