(Video) Kaki Remaja Berdarah Teruk Dipercayai Dimakan Makhluk Kecil Misteri Ketika Mandi di Pantai
(Video) Kaki Remaja Berdarah Teruk Dipercayai Dimakan Makhluk Kecil Misteri Ketika Mandi di Pantai
Seorang remaja terkejut apabila mendapati kakinya tiba-tiba berdarah teruk selepas sesi berenang di sebuah pantai di Melbourne.
Selepas dihantar ke hospital, doktor tidak dapat menjelaskan apa punca berlaku pendarahan di kaki remaja berusia 16 tahun itu seterusnya menimbulkan tanda tanya apa sebenarnya yang berlaku.
Tidak berpuas hati, bapa kepada remaja berkenaan kemudiannya pergi ke pantai Dendy Street Beach di Brighton untuk menyiasat.
Bersenjatakan jaring dan sekeping daging segar, dia kembali ke pantai itu dan berjaya menangkap beratus-ratus makhluk yang dia percaya bertanggungjawab ke atas kejadian terbabit.
“Saya letakkan daging di dalam pukat itu dan mereka menggeruminya ibarat seperti tiada hari esok,” kata bapa tersebut.
“Saya bawa mereka balik ke rumah dan mereka asyik dengan daging ini. Mereka makan semuanya termasuk darah.” kata beliau.
Difahamkan, makluk itu juga sudah dibawa ke hospital untuk ditentukan spesisnya.
Dalam pada itu, pakar laut, Michael Brown turut tidak dapat menjawab makhluk apakah itu namun mencadangkan ia mungkin ‘larva obor-obor’.
“Saya sudah berada dalam bidang ini selama 20 tahun dan tidak pernah nampak sesuatu seperti ini.” katanya kepada Channel Seven Sunrise.
Sumber: DM
Via: SK
Sumber (Video) Kaki Remaja Berdarah Teruk Dipercayai Dimakan Makhluk Kecil Misteri Ketika Mandi di Pantai
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vGXkyF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment