Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video: “Mak apa tahu?” – Bekas pondan, Cikgu Jefferi cerita detik awal dan punca terjerumus dalam dunia songsang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video: “Mak apa tahu?” – Bekas pondan, Cikgu Jefferi cerita detik awal dan punca terjerumus dalam dunia songsang

Selepas kisah seorang pondan yang bertaubat tular di laman sosial sejak Khamis lalu, kini lelaki itu mendedahkan detik hitam yang menjerumuskan dirinya ke dalam dunia songsang itu.

 

Video: "Mak apa tahu?" - Bekas pondan, Cikgu Jefferi cerita detik awal dan punca terjerumus dalam dunia songsang

Video: “Mak apa tahu?” – Bekas pondan, Cikgu Jefferi cerita detik awal dan punca terjerumus dalam dunia songsang

 

Kenangan pahit yang disimpan kemas dalam lipatan memori tanpa pengetahuan sesiapa kecuali arwah ibunya itu disingkap demi mengingatkan agar ibu bapa sentiasa berwaspada dengan keselamatan anak mereka.

Air mata yang ditahan akhirnya tumpah saat lelaki yang selesa disapa Cikgu Jefferi itu menceritakan bagaimana dia mengalami penderaan seksual seawal usia lima tahun.

“Mak apa tau? Mak apa tau?”, itulah ayat yang dilontarkan kepada ibunya sewaktu si ibu menyuruh Jefferi mengulangkaji pelajaran selepas mendapati pelajarannya merosot.

 

Detik hitam yang menimpa dirinya hanya diceritakan kepada ibu tercinta pada hari-hari terakhir hayat wanita itu.

Kata Jefferi, ibunya hanya mampu menangis dan tidak dapat berkata apa-apa kerana tidak mengetahui penderitaan yang ditanggung anak lelakinya selama ini.

Arwah ibu kepada bekas guru itu meninggal dunia akibat gastrik pecah pada September 2009.

Pengakuan itu dibuat melalui penstriman langsung selama hampir 30 minit di Facebook pada pagi Isnin.

Usahawan kecantikan itu menyimpan rahsia tersebut kerana tidak ingin ia diketahui oleh sesiapa sehingga sering mengasingkan diri daripada orang di sekelilingnya.

Penderaan seksual ke atasnya berlanjutan sehingga masuk ke alam persekolahan dan remaja, malah dia masih dicabul ketika meneruskan pengajian di maktab perguruan dan kejadian terkini berlaku pada awal bulan ini.

“Bila saya dah taubat, masih lagi ada lelaki-lelaki yang cuba untuk melakukan hubungan seksual terhadap saya.

“Benda ini perlu dihentikan. Anda semua sayang anak-anak. Betul tak? Kenapa mesti orang lain hancurkan anak kita? Perilaku songsang orang dewasa yang dilakukan ke atas kanak-kanak tidak sepatutnya berlaku,” katanya sambil mengalirkan air mata.

Bapa kepada tiga orang anak angkat itu berkata bahawa ibu bapanya tidak pernah rela membiarkan dia bergelar seorang pondan tetapi imaginasi seksual yang telah diubah sejak kecil oleh pelaku-pelaku jenayah seksual membuatkan dirinya mengalami kecelaruan.

Sumber: Mstar



Sumber Video: “Mak apa tahu?” – Bekas pondan, Cikgu Jefferi cerita detik awal dan punca terjerumus dalam dunia songsang

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wBfBLf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.